Bekas Isteri Tampil Hentam Nedim, Dakwa Guna Anak Untuk Kepentingan Diri, Untuk Raih Perhatian
Suami Nora Danish, Nedim Nazri ada membuat pendedahan bahawa dia telah membawa isu hak penjagaan anak ke mahkamah.
Nedim juga ada mendedahkan bahawa ada pihak yang cuba menghalangnya dari berjumpa anak lelakinya bernama Nedrin atau Dre.
Melihat pendedahan dari Nedim, akhirnya Nabila Khan, bekas isteri Nedim akhirnya tampil bersuara tentang isu ini.
Ini komen dari Nabila Khan:
“Ini satu-satunya komen yang akan saya buat berkenaan isu ini, kerana tidak seperti sesetengah orang, saya percaya ada perkara tidak sepatutnya didedahkan kepada anak berusia lima tahun ini”
“Awak pilih untuk ambil kesempatan kerana saya berdiam diri, tetapi maafkan saya, salah seorang dari kita berdua perlu ambil tanggungjawab sebagai ibu bapa, kerana awak hanya berpura-pura sebagai bapa di media sosial”
“Sesetengah orang perlu ada sedikit rasa malu dan tidak menjaja cerita pada orang ramai untuk menagih simpati. Biar kami hidup aman dan tolong berhenti cari perhatian sehinggakan awak gunakan anak sendiri untuk manipulasi semua orang lain”
Nabila Khan juga mohon Nedim Nazri supaya tidak perlu campur tangan lagi dalam kehidupan mereka selepas ini.
0 comments:
Post a Comment