"Keluarga Terima Dengan Baik.." - Fattah Amin Bawa Fazura Jumpa Keluarganya

Fattah Amin Bawa Fazura Jumpa Keluarganya


Pelakon popular Fattah Amin akui sudah beberapa kali membawa pelakon Fazura berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya.

Fattah Amin berkata dia gembira kerana keluarganya menerima Fazura dengan baik.

Ini komen Fattah Amin:

"Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam).

"Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik.

"Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini.

"Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik," 


"Hubungan kami baik itu sahaja yang boleh saya beritahu.

"Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik-baik daripada mereka.

"Selebihnya saya hanya berserah kepada jodoh,"


Sebelum ini pasangan ini saling memberi jambakan bunga ketika hari lahir.

Fazura memberi Fattah Amin 50 kuntum bunga manakala Fattah Amin membalas dengan 500 kuntum bunga.

Pasangan ini mula disatukan melalui drama Hero Seorang Cinderella.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment