Wednesday, May 31, 2017

"Hati-Hati Dengan Kata-Kata Dan Tingkah Laku.." - Ini Respon Fattah Amin Yang Padu

"Hati-Hati Dengan Kata-Kata Dan Tingkah Laku.." - Ini Respon Fattah Amin Yang Padu



Pada bulan Ramadhan yang indah ini, secara tiba-tiba timbul sedikit isu tentang fenomena "Lofattah".

Ini ekoran isu Fattah Amin tidak hadirkan diri ke set MeleTop untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella.

Neelofa kata artis yang cancel tapi Fattah pula berkata dia tidak ada arahan untuk hadir ke set MeleTop.

Baca kisah tersebut DISINI.

Namun satu status telah dimuatnaik oleh Fattah Amin yang benar-benar padu.

Jom baca:

 
Kejap je dah 5 hari kita berpuasa. Saya harap Ramadhan kali ini membawa lebih berkat dariNya.
Memandangkan kita di bulan Ramadhan ni, saya harap kita akan lebih hati-hati dengan kata-kata dan tingkahlaku kita. Sebenarnye, setiap masa pun kene #buatyangbaikbaik, tapi bulan puasa ni, kene la alert lagi dengan apa yang kita cakap dan buat.

Untuk fans saya, saya harap kita tak perlulah bertikam lidah lagi dah mengenai apa yang lepas. Kita support je sapa kita nak dan terus bagi sokongan untuk artis kesayangan kita. Tak perlu dah nak compare ke, nak laga-laga kan ke, semua tu tak memberi apa-apa manfaat pun.

Setiap situasi tak perlu ada reaksi dari kita. Biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita buat orang. Kita buat yang baik, Insya Allah orang akan buat yang baik balik kat kita satu hari nanti.

#sincerelyFattah #QalifModen #inspireFattah #doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #Ramadhan2017 #Ramadhan1438 #Fattah1438


Memang bagus juga ayat Fattah Amin ini, Semoga peminat semua chill dan tidak berperang di laman media sosial.

0 comments:

Post a Comment