"Dulu Gaji RM600, Sekarang Gaji RM50,000..." - Nabil Ahmad
Siapa yang tak kenal dengan pelawak popular Nabil Ahmad.
Kini nama Nabil Ahmad amat besar dan kini merupakan antara pelawak dan juga pengacara yang amat berjaya.
Dalam satu temubual bicara, Nabil mendedahkan dulu gajinya sebagai 'mat despatch' hanyalah RM600 sebulan.
Kini setelah popular dan berjaya menerusi rancangan Raja Lawak, gajinya mencecah RM50,000 sebulan, memang amat besar.
Malah Nabil amat popular sehingga berjaya memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun 2008 menamatkan dominasi Mawi.
Menerusi bual biacara itu, Nabil menyatakan ada satu kejadian yang berlaku sebelum dia tiba tiba berjaya.
Nabil menceritakan dia ada menderma kepada seorang pakc ik walhal di dalam poketnya hanya ada RM2 sahaja.
Beberapa bulan setelah menderma pak cik itu, hidupnya berubah serta merta.
Ini kenyataan dari Nabil:
"Saya rasa hidup saya berubah dalam masa 2 bulan, tiba tiba orang kenal saya. Dulu gaji saya sebulan RM600, bayar motor bagi emak RM100. Tiba-tiba gaji saya dari RM600 bertukar jadi RM50 ribu sebulan.
"Masa tu saya memang terperanjat betul masa tu. Tapi saya tak pernah lupa mak bapa saya dan saya tak pernah berhenti bersedekah.
"Ini satu kejadian betul berlaku pada saya di Masjid Taman Tun. Masa tu saya hantar surat. Dalam poket saya ada RM2.
"Saya keluar pintu masjid ada pakcik tahan saya, minta saya sedekah. Saya ada RM2 saya bagi dia RM1. Saya tinggal RM1 saya isi minyak, tak cukup sampai rumah..saya tolak motor.
"Lepas tu dalam 2-3 bulan, boom hidup saya berubah..."
Itulah kejadian yang berlaku kepada Nabil Ahmad
0 comments:
Post a Comment