Nak Pergi Umrah, Kenapa Nur Sajat Kena Pergi Mahkamah??

Nak Pergi Umrah, Kenapa Sajat Kena Pergi Mahkamah??



Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat telahpun merancang untuk menjalani ibadah umrah pada Disember ini.

Dikatakan Nur Sajat telah menunaikan nazar untuk kerjakan umrah di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.

Pada awalnya Sajat yang merancang untuk ke Tanah Suci bersama keluarga pada Julai lalu, namun terpaksa ditunda ke hujung tahun ini disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.

Secara tiba tiba ada dakwaan mengatakan Nur Sajat perlu ke mahkamah untuk pergi ke Tanah Suci.

Berita ini lantas dinafikan oleh Nur Sajat dan menyatakan dia ke mahkamah untuk selesaikan masalah bankrupt keluarganya.

Masalah insolvensi (bankrap) keluarganya perlu diselesaikan terlebih dahulu, selain faktor kesihatan bapanya yang perlu menjalani rawatan mata ketika itu.

Hal berkaitan isu insolvensi ini memerlukan pihak keluarga Sajat harus melalui proses mahkamah.

Jadi sebab itulah Nur Sajat ke mahkamah dan bukannya untuk membuat permohonan berhubung pengesahan jantinanya sebagai wanita.


Sajat yang pada mulanya terkejut dengan dakwaan itu mengambil pendirian untuk kekal tenang dan pada masa sama menafikan khabar angin berkenaan.


Ini komen dari Nur sajat:

“Buktikan mahkamah mana saya pergi? Kenapa saya nak pergi umrah sampai nak dapatkan perintah mahkamah? Macam saya ni penjenayah pula.

“Saya pergi umrah bukan kerana orang lain tetapi kerana Allah. Bagi saya (dakwaan itu) mengarut dan berbaur fitnah. Sepatutnya mereka mendoakan yang baik-baik, bukan mempersoalkannya,”


Bercakap mengenai kekeliruan segelintir orang ramai berhubung status jantinanya, Sajat menegaskan bahawa perkara tersebut tidak seharusnya dibangkitkan.

“Kenapa masih keliru? Yang pergi sana tu adalah saya. Bukan nak buktikan saya wanita tetapi nak pergi umrah kerana Allah.

“Saya tak ada pun nak pergi mahkamah untuk urusan tukar jantina saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka cerita hal peribadi sampai macam tu sekali,”

“Orang nak ‘judge’ saya macam-macam, saya tak ambil peduli kerana saya tahu nak pergi sana untuk jumpa Pencipta saya.


“Tak kisahlah mereka nak menafikan ke mengata ke pasal diri saya, itu hak mereka. Bagi saya, itu antara diri saya dengan Allah,”


Sementara itu, Sajat meluahkan rasa teruja dan berharap diberikan ketenangan untuk membawa keluarga menunaikan umrah.

“Saya sebelum ni dah bernazar untuk bawa keluarga terutama ibu bapa saya apabila perniagaan saya sudah sampai ke satu tahap seperti sekarang,”

Nur Sajat sekeluarga bakal ke umrah pada Disember ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment