(8 FOTO) Inilah Wajah Intan Liana, Isteri Pertama Ude, Madu Kepada Izreen Azminda

(8 FOTO) Inilah Wajah Intan Liana, Isteri Pertama Ude, Madu Kepada Izreen Azminda
  Pelakon jelita Izreen Azminda kini sah telah bernikah dengan seorang pemuzik bernama Ude pada bulan Ogos yang lalu. Pengumuman ini dibuat oleh suami Izreen Azminda sendiri. Kata Ude, Izreen Azminda merupakan isteri keduanya. Isteri pertama Ude bernama Intan Liana dan mereka telah berkahwin empat tahun yang lalu. Pasangan ini mempunyai dua orang anak. Semalam, isteri pertama Ude iaitu Intan telah ditemu ramah oleh wartawan Utusan secara live, dan Intan akui baru mengetahui...

"Tergamaknya kau! Naik menyampah aku, kau memang gedik!" - Teruk Izreen Azminda Kena Hentam


Semalam telah terungkai segalanya apabila suami Izreen Azminda iaitu Ude tampil mendedahkan bahawa dia mengahwini Izreen pada bulan Ogos yang lalu.

Ude merupakan seorang pemuzik dan ada yang mengatakan dia berkhidmat dalam rancangan realiti popular, Gegar Vaganza.

Izreen Azminda merupakan isteri kedua kepada Ude. Isteri pertama Ude bernama Intan Liana dan mereka mempunyai dua orang anak.

Ude menjelaskan bahawa hubungannya dengan isteri pertama masih lagi baik walaupun dia telah berkahwin dengan Izreen Azminda yang menjadi istei keduanya.

Setelah perkara ini diketahui orang ramai, nampaknya teruk juga Izreen Azminda dikritik.

Melalui laman Instagram miliknya, para followernya mula menulis komen yang negatif kepada Izreen Azminda kerana berkahwin sebagai isteri kedua dan perkara ini dirahsiakan.

Ramai yang bersimpati dengan Intan Liana kerana hanya baru mengetahui perkahwinan suaminya dengan Izreen dua minggu lalu walhal mereka berkahwin pada bulan Ogos yang lalu.

Memang agak panas komen yang diberikan oleh orang ramai yang dilihat kecewa dengan Izreen Azminda.

Jom baca antara komen yang dilemparkan di IG Izreen Azminda:

Sorry you are so gedik dan bila you rampas laki orang i know because  u start first! Mak Uda tu kawan baik pada mak i.. mak die cakap Uda tu memang baik pada isteri dan anak-anak nya tapi kau yang tiap-tiap hari tergedik-gedik. Lelaki satu hari dia tak layan tapi kalau berhari-hari kau tergedik menggoda die memanglah menjadi. You are so jahat! You perampas laki orang yang kahwin pun baru 4 tahun dan ada anak dua pula tu. Lepas ni rasakanlah ok. Rasanye family mentua kau pun takkan suka kau! Peminat pun dah benci! @nuraishamaya

Awak dulu penah jadi isteri..apa perasaan suami awak kahwin lain? Dulu exhusband punya GF pun awak mengamuk..konon nak rampas anak awaklah...awak rampas laki orang lagi teruk!!! Konon awak perempuan yang kuatlah jadi ibu tunggal jaga anak...Eh dugaan isteri pertama dimadukan lagi kena kuat awak tahu tak @nh_human

Bila fikir balik , tiba-tiba saja khawin? Mesti la sebelum ni dok berjumpa diam-diam sebab isteri pun baru tahu 2 minggu lepas. Mak sarat jaga anak, ayahnya boleh pergi khawin ? Dan kenapa kalut nak khawin ? Think ! @min.ahmad.aini

Tergamaknya ambil suami orang.. desperate tak laku sangat ke @izreen.azminda sampai sanggup jadi perampas? wife pertama tu ada anak kecik lagi.. @callalily91

Patut la perangai pun tergedik, sesuai la dengan perangai... Harap madu awak baik la yeee... Hari ni ko rampas kebahgiaan orang.. Ko ada anak kan.. Besok lusa jangan nangis kalau keturunan ko pula yang kena.. Akak cakap je jangan la sentap @mynameisogy

B*tch la ko...lepas ni kau buat ape pon tak laku... Macam Hanez dulu... Sondol kuat @cik_bet

Orang marah seabb kahwin senyap, tak jumpa first wife ke. Plus orang marah first wife tu kira bru bersalin la. Tak ada orang menidakkan takdir Allah, tapi kadang kita manusia ni buat sesuatu ikut suka kita, contoh macam main redah je masuk rumah orang tak kenal tuan rumah dulu ke pe. Akak suka x org buat cenggitu? @n.miraqila

Laki orang pun nak apa lah @yaniesabdin

Ni ke perampas tu...naik menyampah aku ..nak kawin pon sorok-sorok..pebendala..macam orang bujang dah pupus agaknya kat malaysia ni. @danial_1712

Baiknya isteri dia. Dia sendiri pun tak sangka. Bertahan demi anak. Dia kata dia trust husband dia 100% tapi nk buat camana dah jodoh. Sedihnya dia kata dia yg salah sebab tak pandai jaga. Allahuakhbar anak pun masih menyusu. Sayang mungkin ada tapi trust tu tak tau la bila hati dah terluka. Dah la jangan ganggu dia. Kesian anak-anak jugak tengah menyusu tadi nasib baik tak nangis. Sampaii hatii .. Kalau betul-betul sis nak kahwin dengan laki orang... Sis patut jumpa wife pertama. Satu lagi sis.. Sis sama je dengan ex husband sis dulu perempuan yang rampas semua sis dulu. Sebab dua-dua perangaiii???? @ciknoorsyafiqah

Tergamak kan..kau melukai, meragut dan menghancurkan hati seorang isteri yang juga seorang wanita sama seperti ENGKAU! takde hati perut @forza_suri_rafanda

Hanya yang low class merampas hak orang.. banyak lagi lelaki lain kenapa lah nak ambil laki orang jugak.. #boikot @mieymie_syamimie

Masa laki dulu main kayu tiga, pandai pulak mintak cerai hmmm takkan tak ingat betapa sakitnya hati masa kena game dulu, semoga Intan teruskan semangat @angellinie

Teruk jugak perangai kau ni ek @fvteynbryner

Semakin menyampah la dengan ko ni Izreen ni...kau tak fikir ke perasaan kak Intan tu..tak malu ke?? Kak intan dengan laki kau tu baru je 4 tahun kahwin.. Kau dah nak caras kebahagiaan rumahtangga orang lain.. Harap kau rase la kesakitan yang Kak Intan tu rase lepas ni.. @aesyah_azhar

Bulan 8 kahwin baru 2 minggu dapat tahu..kenapa nak berahsia.sebabnya kahwin laki orang @apiskamsi

Meragut kebahagian orang lain adalah wanita low class ya memang jodoh tapi dalam msa yang sama diri akan disumpahi seumur hidup..Izreen shame on u. @official_cikjoyah

Itulah komen-komen dari orang ramai yang mengkritik Izreen Azminda.

Memang ramai betul yang luah perasaan marah kat IG Izreen ni. Sehingga kini, Izreen masih belum neutup ruangan komen dan semakin banyak komen yang diberikan.

Sumber: IG Izreen Azminda

(Kenyataan Rasmi) Izreen Azminda Sah Bergelar Isteri Kedua Kepada Ude, Nikah 8 Ogos Lalu

(Kenyataan Rasmi) Izreen Azminda Sah Bergelar Isteri Kedua Kepada Ude, Nikah 8 Ogos Lalu
Akhirnya teka teki yang melanda Izreen Azminda berkahir apabila pemuzik bernama Ude mendedahkan segalanya. Pemuzik yang berkhidmat dalam program Gegar Vaganza iaitu  Mohd Radzi Abdul Wahid atau nama panggilannya, Ude akhirnya mengaku menikahi pelakon tersebut. Sebelum ini, isteri pertama kepada Ude bernama Intan Liana tampil membuat satu temubual bersama Utusan yang membincangkan isu perkahwinan Ude dan juga Izreen Azminda. Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu...

(VIDEO) "Saya terima Izreen Azminda sebagai madu" - Bakal madu Izreen Azminda beri kenyataan

 
Kini kecoh dengan berita bahawa Izreen Azminda akan berkahwin tidak lama lagi.

Bakal suaminya merupakan seorang pemuzik yang juga pemuzik bebas program Gegar Vaganza dikenali sebagai Uda.

Memang panas isu ini apabila Uda merupakan lelaki berstatus suami orang dan masih lagi berkahwin dan mempunyai anak.

Hari ini melalui laporan portal hiburan mStar dan Utusan, seorang wanita yang dikatakan isteri kepada Uda tampil memberi kenyataan.

Tembual eksklusif telah dibuat oleh portal Utusan.

Ini videonya:



Wanita bernama Intan ini memberitahu dia menerima kehadiran seorang pelakon terkenal yang dikatakan Izreen Azminda sebagai madunya.

Khabarnya, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan itu hanya mengetahui tentang hasrat suaminya untuk berkahwin dengan pelakon popular itu dua minggu lepas.

Intan ternyata redha dengan keputusan suaminya untuk berkahwin lagi satu.


Ini komen Intan:

"Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

"Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah dientukan"

Pendedahan tersebut dilakukan menerusi temu bual secara langsung bersama sebuah portal berita petang tadi (Khamis).

Rumah tangga Intan dan Uda terbuna sejak empat tahun lalu dan pasangan ini dikurniakan dua orang anak berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Dalam pada itu, Intan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

Ini kata Intan lagi:

"Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

"Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami"

Dari laporan mStar Online pada Rabu, aktres Izreen Azminda dikatakan bakal berkahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Uda.

Menurut sumber, satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

Sehingga kini, Izreen Azminda masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan tentang isu ini. Sama sama kita tunggu nanti.

Sumber: mStar / Utusan

"I'll always be there for you" - Luahan Eyana Kepada Anaknya..Sayu Membacanya..


Penyanyi Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya.

Sejak pengumuman penyakit yang dialaminya apabila tersingkir di Gegar Vaganza, ramai yang mula memberi komen dan kata kata semangat buat Elyana.

Sokongan moral merupakan antara yang paling penting untuk seseorang melawan penyakit kronik seperti kanser.

Penyakit ini mula didiagnos oleh Elyana sejak 7 tahun yang lalu iaitu selepas Elyana melahirkan anak sulungnya.

Anak sulungnya bernama Cinta Sumayyah, seorang yang amat comel.

Melayari beberapa foto Elyana bersama anaknya itu di laman media sosial Instagram, ada beberapa luahan hati yang ditulis oleh Elyana.

Ini antara luahan hati Elyana kepada anaknya itu:

"You're My heart, My soul, My treasure, My today, My tomorrow, My forever and My everything! #cintasumayyah

"To my daughter
If u need me,call me.I don't care if I'm sleeping,if I'm having my own problems or if I'm angry at u. If u need me and if u need to talk to me, I'll always be there for u,no matter how big or how small your problem is...I'll be there. #cintasumayyah

"A Daughter is just a little girl who grows up to be your best friend #cintasumayyah

"You'll be her first role model.Her first best friend.She'll be your forever love.

"My daughter is Super amazing and I'm the lucky one because I get to be her BUNDA..

Caption ini ditulis dari beberapa gambar Elyana bersama anaknya.

Sayu pula baca komen dan caption dari Elyana ini. Sudah tentu, ahli keluarga terutama anak menjadi nadi utama kekuatan Elyana untuk menempuh dugaan menghidap kanser tahap empat.

Semoga Elyana teruskan usaha untuk melawan penyakit barah limfoma tahap empat ini. Get well soon Elyana!

Sumber: IG Elyana

Masih Tak Pakai Tudung Walaupun Kena Kanser, Ini Respon Elyana

Masih Tak Pakai Tudung Walaupun Kena Kanser, Ini Respon Elyana
Setelah mengumumkan telah menghidap penyakit kanser, nama penyanyi Elyana kini menjadi tumpuan orang ramai. Berita tentang penderitaan barah limfoma tahap empat yang dihidapi oleh Elyana sering menjadi topik bualan hangat orang ramai apatah lagi ianya sedang berada di tahap keempat. Para peminat dan rakan artis memberi kata-kaat semangat kepada Elyana supaya kuat semangat dan mendoakannya cepat sembuh. Namun ada orang di luar sana mempertikaikan Elyana. Kata mereka, walaupun...

"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak..." - Shuib


PUNCA SITI SARAH DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Pelawak popular dari kumpulan Sepahtu, Shuib telah meluahkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari ini.

Kata Shuib, isterinya  iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa.

Punca kejadian cemas ini berlaku adalah disebabkan tekanan darah Siti Sarah menjadi rendah secara tiba-tiba.

Shuib Sepahtu berkata keadaan Siti Sarah pada waktu itu amat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi tadi apabila mendapat rawatan di hospital.

Ini kenyataan dari Shuib Sepahtu:

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak.... (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,"

Keadaan Siti Sarah pada malam tadi digelar hypotension. Ia sangat membimbangkan sehingga Siti Sarah terpaksa di bawa ke hospital menaiki ambulan. Shuib telah berkongsi video ketika isterinya menaiki ambulans dan memohon orang ramai mendoakannya.

Kemudiannya,  Shuib telah memuat naik gambar Siti Sarah ketika di zon merah kecemasan dengan memakai mask.

Sekali lagi, Shuib meminta para peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.

SHUIB UNDUR DIRI DARI KONTI SEPAHTU SINAR FM

Hari ini sebenarnya merupakan hari terakhir Shuib bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.

Bagaimanapun, Shuib tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit dan sedang mendapat rawatan di hospital.

Shuib telah menjelaskan bahawa keputusan untuk mengundurkan diri dari konti radio Sinar FM dibuat kerana atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

Walaupun sudah tidak lagi bersama Sepahtu Sinar, Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen tersebut yang menampilkan Rahim dan juga Jep.


Ini komen Shuib:

"Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.

"Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.

"Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi,"

Setelah ketiadaan Shuib, segmen Sepahtu Sianr akan diterajui oleh Jep dan Rahim bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.


Sumber: mStar

"Waktu itu saat paling sukar, emosi Eyana terjejas" - Luahan Hati Suami Elyana


Umum mengetahui penyanyi bersuara merdu, Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma, barah kelenjar limfatik.

Elyana mengumumkan hal ini kepada umum ketika tersingkir di rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke empat baru-baru ini.

Ternyata ramai yang terkejut dengan pengumuman dari Elyana itu apatah lagi apabila didedahkan bahawa penyakit kansernya itu sudah berada di peringkat tahap 4.

Ramai yang bersimpati dan mendoakan agar Elyana terus kuat melawan penyakit itu dan ramai yang mendoakan agar penyanyi ini kembali sembuh.

Antara yang terkesan dengan penyakit Elyana ini sudah tentulah suaminya yang bernama Khairul Anuar.

Dalam satu tembual dengan portal Astro Gempak, suami Elyana ini telah tampil memberi komen tentang penyakit isterinya itu.

Kata Khairul sejak 7 tahun lalu, dia sering memberi kata-kata semangat kepada isterinya.

Ini antara kata semangat yang diberikan iaitu mahu isterinya meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,"  - Itulah kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana untuk memujuk hati isteri tercinta.

Kata Khairul Anuar, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma sekitar tahun 2012.

Ini dedahnya lagi:

"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.

"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,"

Emosi Elyana dikatakan tidak stabil dan lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi utnuk membunuh sel kanser.

Khairul menceritakan, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut.

Tetapi apabila menjalani rawatan kemoterapi, derita Elyana pula yang tidak tertanggung, dikatakan Elyana tertekan dan berasa amat sakit.

Ini cerita Khairul Anuar lagi:

"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,"

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!

Dari pihak Berita Memey, kami berharap Elyana terus bersemangat juang yang tinggi untuk melawan penyakit kanser. Teruskan usaha, doa dan tawakkal wahai Elyana, semoga cepat sembuh!

Sumber: Astro Gempak

Ini Punca Nad Zainal Dan Sharifah Sakinah Dah Tak Bertegur

Ini Punca Nad Zainal Dan Sharifah Sakinah Dah Tak Bertegur
  Siapa yang menonton drama Girlfriend Aku Dari Neraka sudah pasti mengetahui bahawa pelakon utamanya adalah Sharifah Sakinah dan juga Nad Zainal. Ternyata kedua-dua pelakon ini amat hebat beraksi di dalamdrama tersebut yang mendapat pujian para penonton. Baru-baru ini, secara tiba-tiba, pelakon Nad Zainal mengaku sudah tidak lagi mahu bercakap dengan pelakon Sharifah Sakinah. Apa kes sebenarnya yang berlaku? Nad zainal atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin ...

"Doakan Isteri Saya" - Shuib Sepahtu Sahkan Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital


Pelawak Shuib dari kumpulan Sepahtu telahpun berkahwin dengan penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin.

Pasangan ini memang selalu kelihatan romantik bersama dan agak popular di laman media sosial.

Setiap hari ada sahaja yang dimuatnaik oleh pasangan ini untuk dikongsikan kepada para peminat mereka berdua.

Shuib kini sibuk dengan kejayanya sebagai deejay radio di konto Sinar Fm bersama kumpulan Sepahtu.

Selain itu, Shuib juga akan tampil secara live dalam rancangan Sepahtu Reunion setiap hari Jumaat.

Yang terbaru, Shuib sibuk berniaga madu asli yang baru sahaja diusahakannya.

Awal pagi tadi, Shuib telah berkongsi kisah terkini yang melanda Siti Sarah. Shuib memuatnaik gambar Siti Sarah dikejarkan di hospital menaiki ambulans.

Siti Sarah kelihatan amat penat sekali sambil dirawat oleh kakitangan perubatan ketika di dalam ambulans.

Kemudian Shuib memuatnaik gambar terkini Siti Sarah yang sedang mendapatkan rawatan di zon merah di bahagian resuscitation kecemasan hospital.

Ini tulis Shuib:

"Doakan isteri saay sihat... Ibu kena kuat....didi ade ni teman ibu walau apa pun jadi... Love u Sayang Siti Sarah Raissuddin"

Ini fotonya:


Dari gambar, Siti Sarah telah memakasi nasal mask untuk mendapatkan oksigen ketika berada di zon merah.

Sehingga kini belum diketahui apa punca sebenar Siti Sarah masuk ke hospital, Shuib hanya menyatakan dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan isterinya supaya kembali pulih.

Diruangan komen, ramai peminat yang mendoakan agar Siti Sarah kuatkan semangat, kembali pulih dan cepat sembuh seperti sedia kala. Sama-sama lah kita doakan.

Semoga Siti Sarah kembali pulih!

Sumber: IG Shuib

(VIDEO) Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura

(VIDEO) Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura
  Sebentar tadi, video yang dinantikan oleh para peminat pasangan popular Fazura dan Fattah Amin akhirnya kini menjelma jua. Pasangan pengantin baru yang menjadi bualan ramai iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya berkongsi detik indah video sekitar majlis pernikahan mereka yang berlangsung semalam. Fazura dan Fattah Amin berjkongsi video itu di laman Ig miliknya mereka hasil produksi dari Mid Quest Production. Ini video nya: Dalam tiga buah video yang dimuatnaik...

AKHIRNYA Kenyataan Dari Fattah Amin Tentang Pernikahannya Dengan Fazura Semalam

AKHIRNYA Kenyataan Dari Fattah Amin Tentang Pernikahannya Dengan Fazura Semalam
  Pelakon popular Fattah Amin akhirnya telah mengesahkan pernikahannya dengan pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin semalam. Dalam kenyataan Fattah Amin, pelakon ini mengatakan pernikahannya dengan Fazura adalah mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Dengan sekali lafaz, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah pada jam 9.50 malam dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Ini...

"Saya tenung muka awak sampai tertidur" - Fathia Latiff kepada Remy Ishak, Kemudian Tiz Zaqyah Pula..



Pelakon yang sering mencuri perhatian dan menimbulkan kontroversi iaitu Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian orang ramai di media sosial Twitter petang semalam.

Memang banyak isu yang ditimbulkan oleh Fathia Latiff pada tahun ini. Fathia Latiff juga terkenal sebagai salah seorang artis yang amat aktif dalam penggunaan laman media sosial Twitter.

Kali ini, Fathia Latiff telah membalas kenyataan rakan artis iaitu pelakon kacak Remy Ishak dalam satu situasi sangat janggal (awkward).

Pada mulanya, Remy Ishak menulis satu tweet di akaun Twitternya dengan mengajukan soalan kepada peminatnya jika berpeluang bercuti bersama-sama, apa yang akan dilakukannya.

Ini tweet Remy Ishak itu:

"Jika anda seorang peminat dan berpeluang untuk bercuti bersama saya, apakah yang akan anda lakukan sepanjang perjalanan."

Tweet dari Remy Ishak itu di tulis sekitar pukul 9 pagi semalam dan mendapat pelbagai respon balas daripada peminatnya yang rata-rata teruja untuk bercuti bersama-sama pelakon tersebut.

Kemudian, melihat tweet tersebut, Fathia Latiff turut memberi respon balas kepada Remy Ishak.

Fathia Latiff tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkara yang ingin dilakukan dengan Remy sekiranya berpeluang bercuti bersama.


Ini respon balas Fathia Latiff: "Saya akan tenung je muka awak sampai tertidur,"

Reaksi gurauan dari Fathia Latiff itu dengan pantas mendapat retweet dan likes daripada pengguna twitter yang lain.

Lebih menarik, tweet Fathia Latiff itu mendapat respon daripada bekas kekasih Remy Ishak iaitu Tiz Zaqyah yang hanya menulis "Uish".


Ini fotonya:



Kemudiannya, ada yang mula mengingatkan kepada Fathia Latiff bahawa Remy Ishak itu adalah tunangan orang dan tweet Fathia itu agak janggal.

Ada juga peminat juga kembali mengingatkan Fathia bahawa Remy sudah berstatus tunangan orang dan memohon agar pelakon itu untuk 'move on'.

"Tunang orang tu," tulis seorang pengguna Twitter.

Ketika ini, Remy Ishak dikatakan sedang bercuti di New Zealand.

Sumber: Astro Gempak

(VIDEO) Fattah Amin Dan Fazura Sebaik Sahaja Selepas Bernikah.. Sweetnya

(VIDEO) Fattah Amin Dan Fazura Sebaik Sahaja Selepas Bernikah.. Sweetnya
Akhirnya segala teka teki dan spekulasi yang melanda pasangan popular Fattah Amin dan juga Fazura, berakhir semalam. Pasangan popular ini akhirnya sah bergelar suami isteri setelah diijabkabulkan sekitar jam 9.50 malam tadi dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan berlangsung secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kualan Lumpur yang hanya dihadiri teman rapat dan ahli keluarga sahaja. Berita ini disahkan melalui laporan  oleh wartawan Berita Harian malam tadi....

Pesanan Rozita Che Wan Kepada Fazura Setelah Berkahwin Lelaki Muda

Pesanan Rozita Che Wan Kepada Fazura Setelah Berkahwin Lelaki Muda
Semalam pelakon filem popular Fazura telah bernikah dengan bintang popular, Fattah Amin. Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. Untuk pengetahuan, Fazura berumur 34 tahun manakala suaminya berumur 27 tahun. Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta telah memberi nasihat kepada  Fazura setelah pelakon tersebut berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Rozita...

Laporan Khas, Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah Sebentar Tadi.. TAHNIAH!

Laporan Khas, Fattah Amin Dan Fazura Sah Bernikah Sebentar Tadi.. TAHNIAH!
TAHNIAH kepada Fattah Amin dan Fazura, akhirnya sah bergelar suami isteri malam ini. Peminat #FattZura kini boleh bergembira kerana idola mereka, Fattah Amin yang berumur 27 tahun dan Nur Fazura Shariffuddin yang berumur 34 tahun, telah selamat melangsungkan pernikahan di sebuah hotel di ibu negara pada 9.50 malam tadi. Berita Harian Online melaporkan, Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz, dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan...

Kisah Yang Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu - Pendedahan Syatilla Melvin

Kisah Yang Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu - Pendedahan Syatilla Melvin
Shaheizy Sam merupakan seorang pelakon yang amat hebat. Sesuai dengan popularitinya, Shaheizy Sam seringkali dapat memberikan penjiwaan watak yang amat berkesan kepada para penonton. Setiap lakonannya, tak kira sebagai hero atau watak antagonis, selalunya dapat memberi kesan yang mendalam kepada para penonton. Disebabkan kehebatan lakonannya dan juga bakatnya amat luar baisa, Shaheizy Sam amat popular sehingga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popualr sebanyak 3 kali. Yang...

"Saya Marahkan Syura!" - Syura Kena Marah Dengan Hazami, Baca Pendedahan Hazami



Musim ke empat rancangan Gegar Vaganza memang banyak kejutan dan kisah hangat.

Semalam, pada minggu ke lima, Elyana telah tersingkir dan membuat pengumuman bahawa dia merupakan pesakit kanser lymphoma tahap empat.

Tahap empat merupakan tahap di mana, sel kansernya telah merebak ke semua bahagia aggota badan.

Hazami, salah seorang peserta Gegar Vaganza meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka sama sekali Elyana kini sedang berjuang dengan kanser kelenjar (lymphoma).

Apatah lagi, kesemua mereka sedang rancak bertanding dalam rancangan Gegar Vaganza yang penuh stress dan tekanan.

Kata Hazami, dia terkilan apabila Elyana yang dianggap seperti adik kandungnya menyembunyikan penyakit yang dialaminya daripada pengetahuan semua termasuk dirinya.

Hazami juga akui marah dengan rakan artis, Syura yang telah mengetahui perkara berkenaan tetapi turut telah merahsiakannya dari pengetahui orang ramai.

Ini komen Hazami:

"Memang saya marah. Saya marahkan Syura dan tanya dia kenapa sorok kisah Elyana daripada saya dan semua peserta lain?

"Saya juga sedih sebab dia individu yang rapat dengan saya dan sembunyikan perkara penting sebegini daripada pengetahuan saya.

"Tetapi, saya percaya Elyana ada sebab sendiri untuk berbuat sedemikian. Saya kagum dengan semangat dia dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia,"

Bagaimanapun tambah penyanyi Sonata Musim Salju ini, dia ada perasan tentang perubahan Elyana sejak mula sertai Gegar Vaganza apabila sering kelihatan keletihan dan juga jarang makan.

Ini penjelasan Hazami:

"Saya selalu bertanya pada dia, kenapa nampak letih dan kenapa jarang makan?

"Tetapi, tahu-tahulah Elyana itu macam mana. Ada saja alasan dia dan banyak berdalih.

"Sampailah malam ini, dia mengejutkan semua orang dan saya sendiri,"

Pada konsert kelima GV4 malam tadi, Elyana telah tersingkir dan akhirnya menyentuh emosi orang ramai apabila mengumumkan dia merupakan salah seorang penghidap barah tahap empat dan menyeru pesakit barah agar terus berjuang sebagaimana dia lakukan kini.

Elyana telah didiagnos menghidap barah darah dan kelenjar itu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu.

Sumber: Astro Gempak

(VIDEO) Tembual Penuh DS Vida Bersama Elyana, Buat Pendedahan Terperinci Penyakit Barah Yang Dihidapinya

(VIDEO) Tembual Penuh DS Vida Bersama Elyana, Buat Pendedahan Terperinci Penyakit Barah Yang Dihidapinya
Memang satu kejutan yang amat besar berlaku di konsert Gegar Vaganza musim ke empat pada minggu kelima ini. Setelah para peserta berhempas pulas membuat persembahan dan memberi aksi yang terbaik, akhirnya penyanyi Elyana telah disingkirkan. Kata ibu Hetty Koes Endang, ada nyanyian Elyana yang agak flat dan penghayatan penyanyi ini agak kurang ketika membuat persembahan. Setelah diumumkan tersingkir, Elyana diberi peluang memberi sepatah dua kata dan penyanyi ini membuat...

Pendedahan Mengejutkan Lan Kristal Tentang Kumpulan Kristal

Pendedahan Mengejutkan Lan Kristal Tentang Kumpulan Kristal
18 Tahun kumpulan Kristal lalui susah dan senang bersama vokalis utama iaitu Lan. Akhirnya secara rasminya, Lan membuat keputusan dan mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan yang dianggotainya sejak berumur 14 tahun itu. Pengumuman dibuat oleh Lan ketika ditemui selepas konsert minggu kelima Gegar Vaganza 4 minggu kelima semalam. Lan membuat keputusan itu kerana terasa hati dengan tindakan anggota kumpulan itu yang dikatakan melakukan sesuatu tanpa berbincang...

Fathia Latiff Kena Profesional, Hormati Orang Lain - Ashraf Khalid, Anak Tiri Siti Nurhaliza

Fathia Latiff Kena Profesional, Hormati Orang Lain - Ashraf Khalid, Anak Tiri Siti Nurhaliza
Sejak kebelakangan ini, nama pelakon cantik Fathia Latiff sering terpalit dengan beberapa kisah yang agak sensasi. Antara isu panas melibatkan Fathia sejak dua tiga bulan ini ialah isu datang lewat ke set penggambaran Sepahtu Reunion, masalah isu disiplin sehingga disingkirkan oleh piohak produksi, kontroversi video Bigo dan juga beberapa tweet yang ditulis olhe Fathia Latiff.  Ternyata kontroversi telah menyelubungi bakatnya, apabila ramai mengenali Fathia kerana...

Zul Ariffin Marah, Halau Anaknya, Ini Respon Zarina Zainuddin Yang Meluahkan Perasaan

Zul Ariffin Marah, Halau Anaknya, Ini Respon Zarina Zainuddin Yang Meluahkan Perasaan
  Baru-baru ini agak kecoh apabila anak kepada Zarina Zainuddin dikatakan telah dihalau oleh pelakon yang sedang mengecap populariti iaitu Zul Ariffin. Melalui laporan Oh Bulan, satu video telah tersebar menunjukkan anak Zarina yang menghidap autisme menyatakan dihalau Zul Ariffin dan tidak mahu melihat mukanya lagi. Apabila isu ini menajdi viral, pelakon Zarina Zainuddin memberi respon dengan meluahkan perasaannya melalui laman Instagram. Kata Zarina Zainuddin, sebenarnya...

(VIDEO) Sekitar Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura

(VIDEO) Sekitar Majlis Pertunangan Fattah Amin Dan Fazura
Akhirnya, video pertunangan Fattah Amin dan Fazura telah dikongsi! Ini sememangnya satu momen yang dinanti ramai terutama peminat Fattah Amin dan juga Fazura. Umum mengetahui, pasangan ini telahpun akui bertunang pada 13 November yang lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan ini sahaja. Tempat pertunangan pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung di kediaman keluarga Fazura iaitu rumah neneknya di Petaling...

"Mulanya mereka ego! Saya berjaya rapatkan hubungan Fattah dan Fazura," - Pendedahan Uqasha Senrose



Pelakon cantik Uqasha Senrose rupanya merupakan individu yang telah bertanggungjawab merapatkan hubungan antara Fazura dan juga Fattah Amin sehinggalah mereka mula bercinta dan kini telahpun bertunang.

Perkara ni didedahkan sendiri oleh Uqasha Senrose yang menceritakan kisah ketika penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu.

Ternyata Uqasha Senrose gembira usahanya merapatkan Fattah Amin dan Nur Fazura berhasil sehingga  berjaya memutikkan bibit cinta antara pelakon popular itu.

Kata Uqasha Senrose atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Senrose, pada awal penggambaran drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Fattah Amin dan Nur Fazura agak ego dan banyak membuat hal sendiri.



Melihat akan hal itu, Uqasha Senrose berusaha mendekatkan mereka berdua dengan usik usik dan mereka berdua mula rapat.

Namun, Uqasha tidak menyangka Fattah Amin dan Fazura akhirnya saling jatuh cinta dan menjadlin hubungan yang serius.

Jom baca pendedahan dari Uqasha Senrose tentang hal ini:

"Ketika awal penggambaran drama itu, mereka agak ego. Jadi, saya cuba usik-usik mereka untuk mendapatkan keserasian. Alhamdulillah, sejak itu saya lihat mereka mula rapat dan menjadi lebih akrab ketika menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.

"Ketika itu, saya dapat berasakan bibit cinta antara mereka sedang berputik. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya merapatkan hubungan mereka,"

Semalam, Fazura dan Fattah Amin yang baru sahaj tiba dari Mekah telah membuat sidang mendia tergempar dan mengesahkan mereka mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor.

Walaubagaimanapun, mereka berdua menegaskan bahawa mereka berdua belum lagi bernikah.

Apabila mendengar berita tersebut, Uqasha Senrose amat gembira kerana mereka berdua mengambil kata sepakat untuk hidup bersama.

Bagi Uqasha Senrose, dari pandangan matanya, Fattah Amin dan Fazura merupakan satu pasangan yang amat secocok serta sangat romantik.


Malah kata Uqasha Senrose, dia menganggap Fazura seperti kakaknya sendiri.

Ini komen Uqasha:

"Saya dan Fazura sudah seperti adik-beradik dan saya gembira melihatnya bahagia. Mereka berdua begitu romantis apabila bersama.

"Alhamdulillah, Fazura yang saya anggap seperti kakak sendiri dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya. Saya harap Fattah akan mencintai dan menyayanginya hingga akhir hayat,"

Itulah kata-kata dan pendedahan dari Uqasha Senrose tentang berita pertunangan antara pelakon utama drama Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan juga Fazura.

Sumber: Berita Harian

Akhirnya.. Uqasha Senrose Bersuara Tentang Gambar Edit Nak Nampak Kurus

Akhirnya.. Uqasha Senrose Bersuara Tentang Gambar Edit Nak Nampak Kurus
Pelakon Uqasha Senrose memang sering terlibat dengan isu isu hangat. Ada sahaja kisah panas tentang dirinya. Sejak akhir-akhir ini, Uqasha Senrose menjadi sebutan ekoran percintaan dengan pengacara Muzik-Muzik iaitu Hefny Sahad. Pasangan ini akhirnya akui sedang bercinta setelah mengenal hati budi selama setahun dan kini sedang serius bersama. Kemudiannya, Uqasha Senrose menjadi sebutan kerana bentuk badannya yang dikatakan sudah 'berisi' dan sehingga ada menggelarnya dengan...

"Lebih menyedihkan, kami pula bergaduh suami-isteri," - Luahan Jue Aziz

 
Pelakon Jue Aziz telah tampil membuat pendedahan terkini tentang dirinya.

Yang seingat BeritaMemey, kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV adalah menerusi drama cerekarama di TV3 berjudul  Dosa Terlindung pada awal November lalu bergandingan bersama Zamarul Hisham, best cerita tu.

Selain itu, Jue Aziz pernah muncul dalam drama sedih ketika hari raya yang lalu, lakonan bersama Wan Maimunah dalam drama Air Zam Zam Untuk Emak.

Walaupun kurang aktif dalam dunia lakonan dan wajahnya memang sudah jarang kelihatan di kaca televisyen, Jue Aziz masih lagi aktif sebagai duta produk.

Antaranya Jue Aziz telah dilantik menjadi duta kepada satu produk kecantikkan pada hujung tahun lalu.

Namun baru-baru ini Jue Aziz telah meluahkan rasa terkilan apabila kontraknya sebagai duta sebuah produk kecantikan itu telah ditamatkan secara serta merta tanpa sebab munasabah.

Jue Aziz yang kini berumur 34 tahun, berkata lebih menyedihkan, nama suaminya, Bayu Daniels, turut terkena tempias apabila dituduh dengan perkara yang bukan-bukan.

Ini menyebabkan dia dan suami pernah bergaduh.

Baca pendedahan dari Jue Aziz tentang hal ini:

"Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.

"Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.

"Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri,"

Menurut Jue, yang membuatkannya lebih rasa tidak berpuas hati adalah apabila wajahnya masih digunakan pengeluar produk berkenaan meskipun tidak lagi terbabit dengan jenama itu.

Ditanya adakah Jue sudah serik untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecantikan selepas apa yang berlaku, pelakon itu akui ada berasa sedikit terganggu dengan kejadian itu.

Ini komennya:

"Meskipun begitu, saya percaya ramai lagi pengasas produk yang bersikap jujur di negara ini. Malah, saya takkan berputus asa apabila gagal dalam melakukan sesuatu perkara.

"Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.

"Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini,"

Semoga Jue Aziz tabah dengan dugaan yang melanda. Semoga kerjaya Jue Aziz sebagai pelakon kembali bersinar seperti dulu kala. Bakat Jue Aziz memang hebat dan mempunyai ramai peminat tersendiri.

Jue Aziz berkahwin dengan pemuzik dari negara seberang Indonesia, Bayu Daniels telah mempunyai seorang anak angkat Darwish yang kini berusia empat tahun.

Sumber: BeritaHarian