TAHNIAH! Syafinaz Terima Pangkat Datuk

TAHNIAH! Syafinaz Terima Pangkat Datuk
  Guru vokal yang juga penyanyi, Syafinaz Selamat, telah pun dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pemberian anugerah dan pingat ini adalah  bersempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.Penyanyi ini yang popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu juga antara 370 penerima penganugerahan darjah, kebesaran, bintang dan pingat, pagi tadi.Antara pencapaian beliau dalam bidang seni suara adalah sebagai penasihat dan 'voice master'...

Elyana Mengamuk, Nak Ludah Orang Yang Kurang Ajar Dengannya

Elyana Mengamuk, Nak Ludah Orang Yang Kurang Ajar Dengannya
Kini sudah ramai yang mengetahui tentang penderitaan yang dialami oleh penyanyi Elyana yang disahkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap 4. Kisah penyakit kanser yang dialami ini telah diumumkan sendiri oleh Elyana ketika penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza musm ke empat, tahun lalu. Selepas berita itu tersebar, Elyana terus menjadi tumpuan ramai pihak yang memberi sokongan kepada nya untuk melawan penyakit kanser itu. Tidak hanya berdepan dengan kesakitan rawatan...

"Dialah yang bodoh!" - Ruhainies Bengang!


Pelakon cantik dan comel, Ruhainies telah berang apabila ada seorang wanita yang menggelar diri dia bodoh.

Bagi pelakon ini, dia menganggap tuduhan dan panggilan tersebut kepada nya amat lah melampau.

Ini semua gara-gara satu video yang menunjukkan Ruhainies tidak faham apa yang di maksudkan dengan ayat "nate beghuk".

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia faham maksud sebenar perkataan 'nate beghuk' namun sengaja pura-pura tidak tahu dalam video itu.

Kata adik kepada pelakon Nur Risteena ini, dia hanya bergurau dan mengenakan selebriti media sosial, Pian Kpop kerana membohonginya.

Melihat adegan itu, seorang wanita terus mengatakan Ruhainies seorang yang cantik tetapi kurang bijak.

Ini komen Ruhainies:

"Orang yang fikir saya bodoh sebenarnya dia lah yang bodoh. Bagi saya apa yang dia katakan itu sudah melampau.

"Sudah tentu saya tahu beruk itu apa dan maksud perkataan itu. Saya rasa dia yang kurang bijak sebab tak faham maksud di sebalik gurauan saya dengan Pian Kpop itu.

"Saya saja buat-buat tak tahu sebab nak kenakan balik Pian yang cuba untuk menipu,"

Ruhainies diminta mengulas apabila dikatakan tidak tahu maksud sebenar 'nate beghuk' menerusi video yang dimuat naik selebriti media sosial, Pian Kpop pada awal tahun lalu.

Bagaimanapun, Video tersebut menjadi viral di laman sosial apabila ada individu yang memuat naik semula di Twitter pada Isnin.

Nate beruk ialah salah satu loghat dalam bahasa Kelantan yang bermakna 'binatang beruk'.

Seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik semula video yang dirakam pada awal tahun lalu.

Ini penjelasan dari Ruhainies:

"Sebenarnya video tersebut diambil pada awal tahun lalu ketika saya datang ke Kelantan untuk membuat kemunculan di sebuah spa.

"Lagipun video itu Pian yang memuat naik dalam Facebook dia tapi ada individu yang membuat video tersebut tular di laman sosial,"

Menurut pelakon Menantu Ting Tong ini, individu yang menularkan video tersebut hanya niat untuk menghiburkan pengikutnya dan dia sudah membuat permohonan maaf.

"Lelaki yang memuat naik semula video itu di Twitternya sudah pun minta maaf pada saya. Dia kata tidak ada niat nak mempersendakan saya.

"Hanya sekadar ingin menghiburkan pengikut di laman sosialnya namun tidak sangka ada yang tidak faham maksud disebalik itu," 


Itulah yang membuatkan Ruhainies benar-benar berang. Apapun mungkin itu salah faham sahaja.


Sumber: mStar

"Lelaki Haram Buat Tatu Sementara Walaupun Inai" - Respon Da'i Wan

 
Beberapa hari yang lalu, pelakon Shafie Naswip menjadi tumpuan kerana membuat tatu dari inai yang bersifat sementara sahaja.

Ada yang menegur pelakon ini di laman media sosial, mengatakan tidak baik membuat tatu seperti itu walaupun menggunakan inai.

Shafiw Naswip yang berada di Bali, Indonesia untuk bercuti berkata, dia langsung tidak ambil pusing tentang perkara berkenaan.

Ini komennya:

"Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu. Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun"

"Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu"

Hari ini, pendakwah  Da'i Wan berkata tindakan mencacah tatu di mana-mana anggota tubuh badan adalah haram di sisi agama Islam walaupun ia hanyalah tatu sementara dan menggunakan inai.

Wan Dazrin Wan Din menjelaskan perbuatan tersebut adalah dilarang Allah SWT sebagaimana firman baginda Nabi Muhammad SAW.

"Menurut Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.

"Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu (tatu kekal) sebab perbuatan tersebut dilaknat Allah SWT.

"Kita dianggap telah mengubah ciptaan Allah kerana tatu yang original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan,"

Da'i Wan ulas mengenai pemakaian tatu bersifat sementara.

Ini penjelasan dari Da'i Wan lagi:

"Perempuan dibenarkan  mengenakan inai dengan corak bunga yang sea-akan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.

"Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

"Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke 157- ‘Hukum lelaki memakai inai’, beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu ia tidak dibenarkan,"

Dalam hal ini, Da'i Wan berkata tiada kesalahan untuk wanita kerana ia dianggap sebagai hiasan, namun menjadi satu kesalahan untuk lelaki.

Sumber: mStar

Rupa-Rupanya Anuar Zain Ada Masalah Sejak Tahun Lalu, Katanya Kini Sudah Pulih

Rupa-Rupanya Anuar Zain Ada Masalah Sejak Tahun Lalu, Katanya Kini Sudah Pulih
  Nama penyanyi Anuar Zain memang dikenali dengan kelunakkan suara nya yang mampu membuat bulu roma berdiri. Rupa-rupanya ramai yang tahu tahu bahawa penyanyi ini mempunyai masalah kehilangan suara yang dihadapi sejak tahun lalu. Masalah kehilangan vokal ini berlaku ketika Anuar sedang membuat persiapan untuk Konsert Yonder Music Live yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari, tahun lalu.Situasi itu membuatkan Anuar Zain dikatakan mengalami tekanan teruk. Bagaimanapun,...

Hairul Azreen Dedah Kisah Sebenar Tentang Aksi Bahaya Atas Eskalator

Hairul Azreen Dedah Kisah Sebenar Tentang Aksi Bahaya Atas Eskalator
  Pelakon popular yang juga bekas juara Fear Factor iaitu Hairul Azreen menjadi viral semalam setelah satu videonya menjadi viral di laman media sosial yang menampilkan dirinya membuat aksi tidak berpatutan di atas eskalator di sebuah kompleks beli belah. Ramai mengecam tindakan Hairul Azreen itu yang dikatakan amat bahaya dan tidak baik berbuat demikian di khalayak ramai. Ada juga mengatakan sebagai selebriti, tindakan bahaya Hairul Azreen itu, akan dilihat orang ramai...

Aliff Syukri Meraung Anak Hilang Di Lombok

Aliff Syukri Meraung Anak Hilang Di Lombok
Ahli perniagaan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, telah menempuh detik yang amat mencemaskan apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4 tahun, telah hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia. Melalui laporan portal Utusan Online, Datuk Aliff Syukri terkejut dan risau setelah mendapati Ibraheem yang dipanggil Baim telah hilang dari pandangan sejurus mereka sekeluarga...

Nama Anak Kembar Zizie Izette Jadi Tumpuan.. Unik Ejaannya

Nama Anak Kembar Zizie Izette Jadi Tumpuan.. Unik Ejaannya
Pelakon popular yang juga kakak kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu  Zizie Izette telahpun selamat menimang pasangan kembar bulan lepas. Selepas sebulan menimang cahaya mata, pelakon Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah anak kembar lelakinya menerusi laman media sosial Instagram miliknya. Zizie Izette juga turut berkongsi nama kedua dua anak kembarnya itu yang terus menjadi tumpuan ramai. Datuk Bung Mukhtar dan Zizie Izette  mendedahkan kepada peminat nama yang...

5 Ciri Lelaki Idaman Nelydia Senrose, Tag Kawan Korang Yang Ada Ciri Ini..

5 Ciri Lelaki Idaman Nelydia Senrose, Tag Kawan Korang Yang Ada Ciri Ini..
  Adik beradik Senrose merupakan nama yang amat popular di Malaysia. Untuk pengetahuan, Mereka ini juga merupakan sepupu kepada adik beradik Maembong. Salah seorang di antara adik beradik Senrose ialah Nelydia Senrose. Nelydia Senrose mula popular menerusi dramanya berjudul Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina. Namanya terus menjadi sebutan ramai dan kini antara pelakon yang popular di Malaysia. Nelydia Senrose juga seorang artis yang kurang terpalit dengan kontroversi,...

(FOTO) Farid Kamil Dan Diana Danielle Keluar Makan Bersama-Sama, Buat Ramai Gembira

(FOTO) Farid Kamil Dan Diana Danielle Keluar Makan Bersama-Sama, Buat Ramai Gembira
Pasangan suami isteri Datuk Farid Kamil dan juga Datin Diana Danielle menjadi sebutan ramai ekoran kes yang melanda pelakon ini. Kes Farid Kamil mengamuk di balai polis dan mengambil bahan terlarang kini sedang disiasat dan bakal dibicarakan tidak lama lagi. Melalui kenyataan adiknya, Fadzil Zahari, Farid Kamil telah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah dibebaskan dari tahanan reman. Fadzil Zahari yang juga suami kepada Yana Samsuddin merupakan...

"Ketika Kemalangan, Darah Keluar Tak Henti" - Chacha Maembong Kemalangan Jalan Raya


Penyanyi Didi Astillah dan pelakon popular Chacha Maembong terlibat dalam kemalangan kereta semalam.

Kejadian kemalangan ini berlaku kira-kira jam 2 pagi, pada hari Isnin.

Kedua dua selebriti ini masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpa mereka berdua awal pagi semalam.

Didi Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah tampil menjelaskan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

Menerusi kenyataan penyanyi ini, rakannya yang juga pelakon Chacha Maembong memandu kereta Honda miliknya nya dan tiba tiba cuba mengelak kereta Proton Wira yang laju sehingga hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, mereka hanya dibantu oleh orang awam yang berada di situ dan kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki memecut tanpa dapat dikesan.

Ini pendedahan Didi Astillah:

"Sampai sekarang masih lagi trauma. Kejadian itu berlaku ketika kami nak keluar dari simpang Jalan Alor tiba-tiba ada kereta Wira muncul dengan lajunya.

"Chacha nak elak tapi tak dapat nak kawal kereta sebab terlalu panik dan terlanggar pembahagi jalan.

"Lelaki yang pandu kereta tersebut terus pecut kereta dia tanpa bantu kami. Nasib baik ada ramai orang awam yang ada dekat situ tolong,"

Didi Astillah ada kongsi wajahnya yang sedang bengkak selepas kemalangan itu.

Kejadian berlaku ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam di Jalan Alor.

Didi memuat naik foto wajahnya selepas mengalami kemalangan di laman Instagram dan ia mendapat perhatian pengikutnya.

Kereta Honda milik Chacha Maembong juga dilihat rosak teruk akibat kemalangan terbabit.

Tambah Didi lagi, dia hanya mengalami bengkak di muka manakala Chacha mengalami kecederaan di bahagian hidung disebabkan tersembam ke hadapan beg udara.

Ini jelas Didi lagi:

"Muka saya saja yang bengkak manakala Chacha cedera di bahagian hidung. Tapi yang teruknya kereta Chacha saja. Nasib baik kami tidak mengalami kecederaan serius,"

Dalam pada itu, Chacha Maembong yang kini tercedera di bahagian hidung, ketika dihubungi memberitahu keadaannya kini semakin pulih dan hanya memerlukan rehat.

Ini komen Chacha Maembong:

"Alhamdulillah, saya okey dan tidak mengalami kecederaan yang teruk. Masa kemalangan itu sahaja darah keluar tidak henti,"


Syukur kedua dua selebriti ini selamat dari kemalangan terbabit. Semoga cepat sembuh ye.


Sumber: mStar

"Kurang Adab! Memalukan!" - Buat Aksi Bahaya Di Escalator, Hairul Azreen Teruk Dikecam

 
Nama pelakon Hairul Azreen boleh dikatakan amat popular di Malaysia ini.

Suami kepada Hanis Zalikha ini telah menjadi tumpuan apabila satu video menembaknya menjadi siasatan pihak Polis.

Hairul Azreen diminta hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan berhubung isu videonya menggunakan senapang patah.

Baru sahaja reda isu tersebut, kini telah viral pula satu lagi video baru yang menunjukkan aksi bahaya Hairul Azreen di tempat awam.

kali ini, Hairul buat aksi terbang di eskalator pula.

Ini videonya:


Selain aksi ini, ada juga satu lagi video menunjukkan Hairul Azreen masuk ke dalam troli dan menaiki travelator.

Ternyata, aksi lasak Hairul Azreen itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak serta menganggap tindakannya itu bukan sahaja mengganggu keselamatan orang awam, malah turut membahayakan dirinya sendiri.

Orang ramai juga berpendapat Hairul Azreen sebagai seorang selebriti yang popular tidak patut membuat perkara sedemikian kerana bimbang aksi tersebut akan ditiru mana-mana pihak terutama sekali peminat nya yang amat ramai.

Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan kenapa dan apakah motif Hairul Azreen melakukan tindakan seperti itu.

Ternyata video tersebut mengundang kecaman daripada orang ramai kerana rata-rata mereka tidak bersetuju dengan aksi-aksi berani tetapi amat bahaya yang ditunjukkan oleh pelakon Polis Evo 2 ini.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Memang pe'el macam rempit, tak ada adab, memalukan!"

"Kalau aku jadi HZ, malu dapat suami macam ni oi!"

"Orang tua masuk troli aku ok lagi, tapi orang tua ni dah vandalisme"

"Bapa orang buatlah cara bapa orang, tak fikir ke, kalau jatuh escalator tu, mati katak kau situ"

Diharap selepas ini Hairul Azreen akan lebih berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling sekiranya ingin melakukan aksi berani di tempat awam. Lebih eloj tak perlu buat aksi seperti itu.

Orang ramai menegurnya mungkin kerana bimbang akan keselamatan pelakon ini dan tidak mahu aksi bahaya tersebut menjadi ikutan orang lain.

Hairul Azreen merupakan pelakon yang telah memenangi rancangan aksi Fear Factor dan memang amat menyukai aksi lasak.

Sumber: Media Hiburan

Yuna Dedah Sikap Suaminya Yang Ramai Tak Tahu..

Yuna Dedah Sikap Suaminya Yang Ramai Tak Tahu..
  Penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai buat pendedahan tentang suaminya iaitu Adam Sinclair. Kata penyanyi ini, dia akui sudah mula menyukai Adam Sinclair ketika kali pertama berjumpa dan bekerjasama dalam sebuah projek iklan televisyen pada tahun 2013.Malah Yuna mendedahkan bahawa dia telah 'cair' dan jatuh hati denagn adik Ashraf Sinclair itu apabila melihat sikap Adam yang penyayang dan mengambil berat. Ini komen Yuna: "Saya dan Adam sebenarnya banyak persamaan dari...

Sikap Sambil Lewa Pelakon Baru Buatkan Penggambaran Lambat - Nabila Huda Bengang

Sikap Sambil Lewa Pelakon Baru Buatkan Penggambaran Lambat - Nabila Huda Bengang
Pelakon popular Nabila Huda sering kali menegur pelakon baru yang dikatakan ada antaranya kurang berkualiti. Sesetengah pelakon ini dikatakan tidak bersedia menjadi pelakon utama sehingga kadang kala ada yang mengganggu penggambaran. Namun Nabila Huda nafi selalu menegur dan meluahkan perasaan kerana cemburu dengan pelakon baru ini yang secara tiba-tiba menjadi pelakon utama. Ketika Nabila Huda baru menceburi bidang lakonan, ketika itu banyak laluan berliku perlu diharungi...

"Macamlah Saya Dera Budak" - Nad Zainal Bengang Caranya Jaga Anak Dikecam



Nad Zainal kini telahpun bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya pada hujung tahun 2016.

Walaupun sudah setahun lebih menjaga anaknya, Nad Zainal tetap dikritik para netizen.

Yang terbaru pelakon cantik ini berang apabila dituduh sengaja mencari jalan tidak mahu menyusukan anaknya Fahad Ibrahim yang kini berusia setahun selepas dia meminta tips tersebut di laman sosial.

Nad Zainal yang kini berumur 28 tahun, berkata, dia berbuat demikian atas sebab tertentu.

Terutamanya, kini Nad Zainal telah kembali aktif berlakon dan kerjaya sebagai pelakon kadang-kala memerlukan dia berjauhan daripada anak sulungnya itu.

Ini penjelasan dari Nad Zainal:

"Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan).

"I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation," 

Pelakon itu berkata lagi, tujuan dia mahu memisahkan susu badan adalah bagi memudahkan jika kanak-kanak itu berada bawah jagaan suaminya.

Bagaimanapun, Nad Zainal berkata, tindakan itu dibuat bukanlah secara drastik sebaliknya perlahan-lahan.

Ini jelasnya lagi:

"Saya bagi dia let go (tak menyusu badan) secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak,"

Untuk pengetahuan, Nad Zainal atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq pada 14 Oktober 2016.


Sumber: mStar

Penerima Datuk Akan Disaring: "Jangan Tunjuk Kuasa" - Titah Tengku Abdullah

 
Pihak Istana Pahang akan menyaring dahulu semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang.

Ini untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar ‘bersih’ boleh menerima pengiktirafan berkenaan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah kesemua nama itu pula perlu menjalani saringan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, itu adaah prosedur operasi standard (SOP) baru penganugerahan yang perlu dipatuhi sebelum baginda berkenan nama individu terbabit selaku penerima.

Menurutnya, baginda juga akan memperkenalkan kod etika yang mana setiap penerima perlu mematuhinya.

Ini titah Tengku Abdullah:

"Saya juga akan membuat kod etika yang perlu dipatuhi oleh mereka (penerima darjah dan pingat) dan tak perlu untuk saya sentiasa mengingatkan penerima supaya menjaga kelakukan mereka.

"Malah, kajian juga akan dilakukan supaya penganugerahan ini akan gugur secara automatik jika mereka didapati bersalah melanggar undang-undang"

Tengku Abdullah bertitah baginda juga berlapang dada jika ada mana-mana penerima berhasrat memulangkan pengiktirafan yang diterima jika merasakan darjah dan pingat itu terlalu berat untuk dijaga.

Namun, titahnya, sehingga ini, tiada seorang pun penerima yang memulangkan pingat dan darjah kebesaran yang dikurniakan.

Ini kenyataan baginda lagi:

"Saya juga tidak suka untuk tarik (pengiktirafan yang diberi) tetapi jika terpaksa, saya akan buat... jangan cuba tunjuk kuasa

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Baginda juga mengingatkan semua penerima darjah dan pingat Pahang untuk menjaga kelakuan dan kemuliaan pengiktirafan itu dan tidak mahu berlaku seperti pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Titahnya, baginda mungkin tidak ada kuasa untuk mencegah penerima daripada melakukan perkara menyalahi undang-undang secara terus, namun penerima perlu menganggap ia sebagai peringatan.

Ini titah Tengku Abdullah:

"Anggap ini (darjah dan pingat) sebagai satu pengiktirafan kepada mereka kerana sudah berjasa dan memberi sokongan di Pahang.

"Institusi Diraja Pahang mahu mendampingi rakyat dan menghargai apa juga sumbangan yang telah diberikan.

"Kita bukan kedekut. Jika kita kedekut, kita tidak beri pengiktirafan, kita simpan saja semua darjah dan pingat kebesaran.


Itulah titah baginda tentang darjah kebesaran dari Istana Pahang.


Sumber: Harian Metro

Jihan Sembunyi Dari Nabil, Ramli MS

Jihan Sembunyi Dari Nabil, Ramli MS
  Nampkanya selebriti serba boleh iaitu  Jihan Muse telah berjaya menceburi satu lagi cabang dunai seni apabila mencuba nasib sebagai penyanyi. Terjunan Jihan Muse yang merupakan pelawak,pelakon dan pengacara ke dunia nyanyian nampaknya membuahkan hasil positif.Lagu nyanyiannya berjudul "Adiwarna" yang dilancarkan di YouTube sejak tiga hari lalu mendapat pujian peminat yang tidak menyangka mutu vokalnya amat baik dan sedap didengari.Rata-rata menyifatkan Jihan mempunyai...

"Tak Payah Panggil Datin" - Almy Nadia



Tahniah diucapkan kepada Fizz Fairuz di atas penganugerahan yang diterima dari pihak Istana Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Isteri kepada Fizz Fairuz iaitu pelakon Almy Nadia mengakui masih berasa terkejut dengan pengiktirafan diterima suaminya iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Almy Nadia memberitahu, dia dan suami betul betul tidak menyangka perkara berkenaan dan hanya mengetahui perkara tersebut dua hari sebelum majlis istiadat berlangsung.

Ini pendedahan dari Almy Nadia:

"Saya masih terkejut sebenarnya dan seperti tidak percaya kerana perkara ini juga kami baru sahaja dapat tahu pada Rabu lalu.

"Saya sendiri simpan rahsia itu dan kalau boleh tidak mahu kecoh-kecoh, tidak sangka pula ada laporan berita berkenaan pengiktirafan itu,"

Untuk pengetahuan, Fizz Fairuz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada hari Sabtu yang lalu.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih ini merupakan antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Sementara itu, Almy Nadia berkata lagi, dia bersyukur penat lelah suaminya selama tiga tahun mempromosikan pelancongan negeri itu akhirnya usaha telah dihargai.

Katanya, dia antara individu paling rapat yang mengetahui susah payang Fizz dalam mengusahakan syarikat mereka Rain Maker Creation Sdn Bhd.

Ini penjelasan Almy Nadia:

"Alhamulillah, ini rezeki Allah yang kita tidak sangka dan sebagai orang kanan dan pembantu dia saya menyaksikan sendiri usaha dan penat lelah dia membahagikan masa.

"Jika dia sibuk dengan lakonan saya dan beberapa pekerja yang akan turun padang menguruskan majlis-majlis yang syarikat kami anjurkan,"

Ditanya tentang gelaran Datin, Almy berkata, dia lebih selesa dipanggil seperti biasa tanpa gelaran tersebut.

Katanya, bukan niat menolak, sebaliknya, memerlukan masa untuk memikul gelaran itu.

"Saya hormati pangkat yang diberi ini tapi buat masa ini panggil saya Almy sahaja, tak perlu panggil Datin,"

Jutaan tahniah kepada pasangan suami isteri ini, Semoga labih sukses dan terus maju lagi selepas ini. -BeritaMemey

Sumber: mStar

"Terpaksa Dedah" - Penjelasan Intan Najuwa, Pelakon ‘Kekasih Paksa Rela’


Pelakon baru Intan Najuwa sedang menempa nama sebagai pelakon yang sedang meningkat naik apabila lakonannya dalam drama "Kekasih Paksa Rela" menjadi hit.

Ramai mula mencari nama dan siapakah gerangan pelakon baru ini dan seterusnya laman media sosialnya mula menjadi tumpuan.

Kini follower pelakon jelita ini telah naik secara mendadak dan mula menerima ramai peminat baru.

Setelah menjadi popular, secara tiba-tiba pelakon ini memuatnaik foto seorang jejaka yang dikatakan kekasih hatinya.

Intan Najuwa menjelaskan tujuan dia memuat naik foto bersama kekasih bernama Anwar Izzuddin di laman Instagram agar dapat meleraikan salah faham antara followernya.

Pelakon ini tidak menyangka foto tersebut menjadi topik utama penulis blog sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ini penjelasan Intan yang dikatakan terpaksa mendedahkan kekasihnya supaya tidak timbul salah faham:

"Tujuan saya muat naik gambar dengan kekasih sebab tak nak ada salah faham atau pergaduhan antara pengikut di laman Instagram.

"Tapi tak sangka pula gambar tersebut menjadi tajuk blog yang mengatakan peminat kecewa apabila saya kongsi foto bersama kekasih sehingga tular di laman sosial,"

Intan diminta mengulas artikel di sebuah blog yang mengatakan ramai peminat kecewa selepas mengetahui pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini sudah berpunya menjadi tular di laman sosial.

Biarpun Intan tidak suka untuk terlalu kongsi banyak mengenai peribadi namun dia mengakui setiap apa sahaja yang dilakukan kini menjadi perhatian semenjak popular menerusi drama berkenaan bergandingan bersama Remy Ishak di TV3.

"Kalau ikutkan saya memang tak berapa suka kongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadi. Tapi bukan bermaksud nak sorok.

"Kalau lihat di Instagram saya pun hanya ada beberapa keping sahaja gambar dengan kekasih.Namun saya faham apabila menjadi artis yang dikenali, memang apa yang kita buat orang akan perhati.

"Bagi saya, kalau perkara itu positif, saya terima sahaja. Yang negatif, kita biarkan sahaja,"


Intan memberitahu kekasihnya sangat memahami dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Berkongsi mengenai pengalaman pertama kali bergandingan dengan Remy, pelakon yang berasal Johor Bahru ini menggigil setiap kali perlu melakonkan babak romantik.

"Saya pertama kali bergandingan dengan Remy dalam drama tersebut. Aura dia membuatkan setiap kali nak berlakon babak romantik mesti saya menggigil.

"Bukan sebab takut tapi jadi panik. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab lakonan dia sangat hebat dan saya pula biasa-biasa sahaja,"

Menerusi drama terbabit, Intan Najuwa memegang watak sebagai Hanan Khaira.


Sumber: mStar

Akhirnya Fizz Fairuz Tampil Jelaskan Kenapa Beliau Layak Dikurniakan Gelaran Datuk

Akhirnya Fizz Fairuz Tampil Jelaskan Kenapa Beliau Layak Dikurniakan Gelaran Datuk
  Pelakon popular Fizz Fairuz kini telahpun bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang hari ini. Suami kepada pelakon Almy Nadia itu telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Fizz Fairus yang berumur 38 tahun merupakan antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat dari pihak Istana Pahang. Dalam satu kenyataan, Datuk...

Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair.. TAHNIAH !!

Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair.. TAHNIAH !!
Penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna akhirnya kini telah pun menamatkan zaman solonya sebentar tadi. Yunalis Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang kini berumur 32 tahun telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair yang berumur 34 tahun. Pernikahan berlangsung tepat 7 petang tadi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi. Adam Sinclair amat...

"Ini Pengajaran, Jangan Buat Kesalahan Macam Saya" - Hairul Azreen


Hari ini pelakon yang juga bekas juara Fear Factor iaitu Hairul Azreen telah dipanggil pihak polis kerana terlibat dalam satu kes tembakan tanpa lesen.

Suami kepada Hanis Zalikha ini telah hadir ke pejabat polis untuk memberi keterangan tentang kes ini setelah dipanggil pihak polis.

Hairul Azreen berada selama lebih dua jam memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar.

Kata pelakon ini, dia tidak menyangka video yang dirakam dua tahun lalu itu kembali menjadi viral pada tahun ini.

Pelakon berumur 30 tahun ini telah memohon maaf kepada semua pihak dengan tindakannya itu dan akan menjadikan apa yang dilaluinya itu sebagai pengajaran serta tidak akan mengulangi kesalahan seperti itu.

Ini komen Hairul Azreen:

"Ini pengajaran untuk saya kerana saya memang tidak tahu ia menjadi kesalahan.

"Sebelum ini saya banyak berlakon filem action (aksi), jadi saya ingin rasa sendiri bagaimana menembak menggunakan senapang sebenar"

Katanya, dia kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas lebih dua jam memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat.

Ini keterangannya lagi:

"Alhamdulillah, saya sudah berikan kerjasama dengan polis dan biarlah polis menyiasat kes ini.

"Cuma bagi saya, ini adalah pengajaran paling berguna serta tidak akan mengulanginya lagi dan berharap semua pihak tidak akan melakukan kesalahan seperti dilakukan saya,"

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dalam sidang medianya pagi tadi memaklumkan siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun membabitkan kes melepaskan tembakan tanpa lesen.

Katanya, ia selepas video berdurasi 49 saat menunjukkan aksi juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama itu melepaskan dua das tembakan ke udara tular di Youtube sejak beberapa hari lalu.

Ini kenyataan polis:

"Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

"Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya"

Semoga isu ini menajdi pengajaran buat semua.

Sumber: Harian Metro

Kes Tembakan, Pelakon Hairul Azreen Dipanggil Pihak Polis

Kes Tembakan, Pelakon Hairul Azreen Dipanggil Pihak Polis
  Pelakon popular Hairul Azreen telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membabitkan kes melepaskan tembakan. Kes ini berkaitan video menunjukkan Hairul Azreen melepaskan menggunakan senapang patah tanpa mempunyai lesen di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016. Siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun. Sebelum ini telah tersebar satu video berdurasi 49 saat menunjukkan...

"Jangan Ragu-Ragu Dengan Cinta Ini" - Luahan Diana Danielle



Keluarga pelakon jelita Datin Diana Danielle menjadi tumpuan ramai ekoran kes yang melanda suaminya Datuk Farid Kamil.

Pelbagai spekulasi timbul ekoran kes yang melanda Farid Kamil bermula dari kes pelakon ini mengamuk di balai polis yang mengejutkan ramai pihak. 

Hari ini, pelakon berumur 26 tahun ini telah memuatnaik foto anak perempuannya iaitu Aurora dengan caption yang menyentuh hati.

Ini tulis Diana Danielle di laman Instagram miliknya:

"Aurora.. jangan ragu ragu dengan cinta ini.. jangan kau ragu ragu ku jadi pelindungmu.."

Di ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Diana Danielle dengan segala cabaran yang datang.

Selain itu, ada para follower yang memuji kecomelan Aurora yang kini sudah masuk 2 tahun lebih.

Semalam, Diana Danielle telah memuatnaik foto surah Kahfi dengan maknanya.

Ini perkongsian Diana Danielle:

Surah 18 Al-Kahf (Cave)

[1] Segala puji bagi Allah yg telah menurunkan kpd hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tdk menjadikan pdnya sesuatu yg bengkok (terpesong)

[2] (Bahkan keadaannya) tetap bnr lg menjadi pengawas turunnya Al-Quran utk memberi amaran (kpd org2 yg ingkar) dgn azab yg seberat2nya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kpd org2 yg beriman yg mengerjakan amal2 soleh, bhw mrk akn beroleh balasan yg baik. 

[3] Mrk tinggal tetap dlm (balasan yg baik) itu selama-lamanya. 

[4] Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kpd org2 yg berkata:" Allah mempunyai anak". 

[5] (Sebenarnya) mrk tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenai nya, dan tiada juga bagi datuk nenek mrk; besar sungguh perkataan syirik yg keluar dari mulut mrk; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 

[6] Maka jgn2 pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan2 perbuatan buruk mrk, jika mrk enggan beriman kpd keterangan Al-Quran ini. 

[7] Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yg ada di muka bumi sbg perhiasan baginya, krn kami hendak menguji mrk, siapakah di antaranya yg lebih baik amalnya. 

[8] Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yg ada di bumi itu (punah-ranah) sbg tanah yg tandus. 

[9] Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bhw kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu shj yg menakjubkan di antara tanda2 yg membuktikan kekuasaan Kami? 

[10] (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan org2 muda pergi ke gua, lalu mrk berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu, dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kpd kami untuk keselamatan ugama kami". 

[11] Lalu Kami tidurkan mrk dgn nyenyaknya dlm gua itu, bertahun-tahun, yg banyak bilangannya. 

[12] Kemudian Kami bangkitkan mrk (dr tidur nya), utk Kami menguji siapakah dr dua golongan di antara mrk yg lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mrk hidup (dlm gua itu).

Perkongsian Diana itu mendapat perhatian dari para followernya. Namun Diaan dilihat menutup ruang komen di gambar tersebut.

Apapun semoga Diana Danielle sekeluarga baik-baik sahaja.

Sumber: Instagram Diana Danielle.

Komen Ashraf Sinclair Tentang Sikap Yuna Yang Bakal jadi Adik Iparnya

Komen Ashraf Sinclair Tentang Sikap Yuna Yang Bakal jadi Adik Iparnya
Pelakon Ashraf Sinclair merupakan abang kepada bakal suami penyanyi popular Yuna. Yuna dan Adam dijangka melangsungkan perkahwinan pada 28 Januari ini. Sebagai abang, Ashraf ada memberi pendapat peribadi tentang Yuna yang bakal menjadi adik iparnya. Ashraf Sinclair melihat adiknya iaitu Adam Sinclair telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih penyanyi Yuna sebagai isteri.Pelakon yang juga suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Cintra Lestari ini menyifatkan Yuna seorang...

Kenyataan Media: Jihan Muse Selamat Lahirkan Anak Lelaki.. TAHNIAH!

Kenyataan Media: Jihan Muse Selamat Lahirkan Anak Lelaki.. TAHNIAH!
  Ini satu gembira yang baru sahaja diterima sebentar tadi. Pasangan selebriti Jihan Muse dan Ungku Hariz telahpun selamat menimang cahaya mata pertama semalam. Jihan Muse telah melahirkan anak lelaki dengan menjalani pembedahan Caesarean Sections di DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Anaknya dilahirkandengan berat 3.85kg pada pukul 10 suku malam semalam (25 Januari 2018). Pengumuman ini dibuat oleh pihak pengurusan Jihan Muse iaitu Laugh Out Loud Entertainment. Ini...

"Selagi Belum Kahwin Abang Boleh Try" - Respon Caprice Kepada Zizan

 
Penyanyi rap, Caprice merupakan antara artis yang lantang menyuarakan pendapatnya mengenai hal ehwal semasa di laman media sosial Instagram.

Caprice sering memuatnaik video yang menunjukkan pendapatnya apabila ada sesuatu isu viral yang berlaku di Malaysia.

Antara isu yang pernah disuarakan oleh Caprice ialah is K-Pop, isu Jurusalem, isu Aliff Syukri, isu Fathia Latiff, isu Kamal Adli dan Zahirah MacWilson, isu Farid Kamil dan banyak lagi.

Video-video ini dimuatnaik di Instgram dan Caprice popular menerusi trademark nya dengan slogan "Bang Bang".

Akibat kelantangannya itu, dia dilihat telah bergaduh besar dengan artis kontoversi, Fathia Latiff ekoran teguranya mengenai isu Sajat beberapa hari lepas.

Baru-baru ini, pelawak terkenal, Zizan Razak telah membuat satu video parodi meniru gaya serta loghat Bahasa Melayu Caprice ketika membuat live di Instagram.

Para netizen berpendapat Zizan Razak sengaja membuat video berkenaan untuk mengusik Caprice yang dilihat sering mengajukan ‘pick up line’ kepada Mira Filzah sejak kebelakangan ini.

Seperti yang diketahui ramai, Mira Filzah ketika ini sedang hangat digosipkan dengan Zizan Razak.

Namun, menerusi satu video, Caprice telah memberi respon dengan memberi pantun kepada Zizan Razak.

Ini videonya:



Ini pantunnya:

"Pergi ke pasar membeli serai, selagi belum kahwin abang boleh try"

Itulah respon Caprice kepada Zizan Razak. namun Caprice memberitahu dia hanya bergurau sahaja.

Selepas menonton video Caprice itu, Zizan Razak telah menulis komen kepada Caprice.

Ini tulis Zizan Razak:

"Hahahaha. My girlfriend setia"

Gurauan mesra antara Caprice dan Zizan Razak ini telah menjadi tumpuan para follower mereka berdua.

Rata-rata suka dengan gurauan kedua-dua selebriti ini dan masing-masing steady dengan gurauan tersebut.

Nama Caprice agak popular di kalangan para remaja setelah lagunya berjudul "Tak De Hal Bro" menjadi hit satu ketika dulu.

Caprice juga aktif membuat apps seperti Jihad In Education, SmartSurau, RAJIN app, Mengaji.com, Classruum.com. ~BeritaMemey

Sumber: Instagram Caprice

Anzalna Cantik Tapi Kedekut, Apa Kes? Jom Baca

Anzalna Cantik Tapi Kedekut, Apa Kes? Jom Baca
  Secara umum, orang ramai selalu beranggapan selebriti dan para artis popular akan berbelanja mahal untuk penjagaan wajah dan penampilan. Namun berbeza dengan pelakon cantik Anzalna Nasir. Ini kerana isteri kepada Hanif Zaki ini langsung tidak gemar berbelanja mahal untuk produk kecantikan.Anzalna juga mengakui, dia seorang yang tidak terlalu menitikberatkan penjagaan wajah. Lebih mengejutkan Anzalna hanya menggunakan produk wajah berharga kurang daripada RM50. Anzalna...

"Saya Ada Bukti" - Penerbit Drama Tuntut Kerugian Masalah Ditimbulkan Farid Kamil



Ini satu lagi isu yang melibatkan pelakon Farid Kamil.

Kali ini ianya melibatkan kes yang mana Farid Kamil dikatakan akan mengambil tindakan terhadap pihak produksi drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang sedang ditayangkan di Astro ketika ini.

Penerbit dan novelis popular tanah air, Siti Rosmizah Semail tidak teragak-agak untuk menyaman aktor, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu.

Siti Rosmizah mendakwa, sikap tidak berdisiplin aktor terbabit menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika menghasilkan drama arahan Jalena Rejab dan Along Kamaluddin itu.

Ini pendedahan penerbit ini:

"Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.

"Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa.

"Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

"Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya,"

Siti Rosmizah menyatakan aktor berkenaan sudah menghantar beberapa tuntutan kepada pihak peguamnya.

Ini jelasnya lagi:

"Selain isu air kotor yang dibangkitkan, saya juga menerima tuntutan daripada peguam Farid yang mendakwa anak guamnya diminta membuat aksi lasak membahayakan nyawa ketika penggambaran drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

"Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa? Mungkin saya baru lagi sebagai penerbit, namun saya guna dua pengarah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan terus membuat kenyataan balas. Jika benar Farid ingin saman, saya sudah bersedia. Saya mempunyai latar belakang sebagai peguam, jadi saya sudah mengumpul segala bukti yang ada,"

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu sedang hangat ditayangkan di Astro yang menampilkan Farid Kamil dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.

Farid Kamil kini mengundang tumpuan dari pihak media dan para peminatnya setelah terlibat dengan insiden mengamuk di balas polis dan mengambil bahan terlarang.

Kemudian semalam, Farid Kamil menjadi tumpuan kerana memuatnaik foto membuat laporan polis.

Sumber: Berita Harian

Akhirnya Buka Mulut! Ini Kenyataan Farid Kamil Tentang Hubungan Dengan Diana Danielle

Akhirnya Buka Mulut! Ini Kenyataan Farid Kamil Tentang Hubungan Dengan Diana Danielle
Semalam, sekali lagi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menjadi tumpuan orang ramai. Ini kerana gambar yang dimuatnaik oleh Farid menunjukkan dia telah membuat lporan polis. Kemudian, pihak Polis mengatakan, farid Kamil hanya membuat laporan polis selepas dibebaskan dari tahanan reman kerana hal berkaitan dengan rumah tangga. Kemudian ada yang mula membuat spekulasi dan ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yangberlaku kepada Farid Kamil dan juga isterinya Diana...

Ini Respon Ibu Diana Danielle Setelah Mengetahui Punca Sebenar Farid Kamil Buat Laporan Polis

Ini Respon Ibu Diana Danielle Setelah Mengetahui Punca Sebenar Farid Kamil Buat Laporan Polis
Semalam telah menajdi kecoh apabila ada mengatakan Farid Kamil telah membuat laporan polis. Pihak polis mengesahkan bahawa pelakon ini ada membuat laporan polis setelah keluar dari tahanan reman dan ianya berkaitan hal keluarga dan rumah tangga. Ibu mertua Datuk Farid Kamil iaitu Norsiah Ramli berkata dia tidak mengetahui punca sebenar menantunya membuat laporan polis pada petang Rabu.Norsiah berkata, dia juga terkejut apabila membaca laporan portal berita dalam talian...

"Apapun Terjadi, Abah Sayang Anak-anak Sampai Nafas Terakhir" - Luahan Zul 2By2

 
Sebelum ini, ada laporan mengatakan perkahwinan selebriti antara penyanyi dan komposer Zul 2By2 dan juga penyanyi, Isma AF sedang dilanda badai.

Perkara ini disahkan oleh Isma yang ada membuat kenyataan mengatakan sememangnya rumah tangga mereka berdua retak dan sedang bermasalah.

Pasangan ini sudahpun berkahwin selama hampir 20 tahun namun kini segalanya seperti berada di hujung tanduk.

Ini komen Isma tentang rumah tangga mereka:

"Saya sudah lama memendam rasa dan bersedih, jadi cukuplah sampai di sini. Selepas ini, saya ingin fokus pada diri sendiri dan anak-anak.

"Buat apa mengenangkan perkara yang menyakitkan hati sedangkan hanya saya seorang yang cuba menyelamatkan keadaan.

Sementara itu, menerusi laman media sosial Instagram,  Zul 2By2 tampil meluahkan apa yang terbuku dihatinya dan meluahkan rasa sayangnya terhadap lima orang anaknya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zul telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya dengan caption yang menyentuh hati.

Ini tulis Zul 2By2:

"Kau mawarku, juwita kalbu. Inilah rangkai nyawa ku. Lampu hati Beta. Mereka adalah segalanya dan apapun terjadi Abah sayang anak-anak Abah sampai nafas terakhir. Sayang mereka semua"

"Harta Ku Dunia & Akhirat. Tiada yang lebih berharga selain mereka.."

Rata-rata peminat mendoakan agar Zul 2By2 tabah menempuhi dugaan ini dan berharap supaya dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.

Ini antara komen yang ditulis oleh para followernya:

"@are_inn: Moga segalanya baik-baik saje. Moga kekal hubungan kasih sayang smpai bila-bila. Amin.

"@kamacaliff: Alhamdulillah Zul. Keep steady ya. Kita doa yang baik-baik.

"@haaaii02_: Semoga keluarga ini bersatu lagi seperti biasa. Amin.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20 tahun, Muhammad Haiqal Aydiel, 19 tahun, Seri Aida Merlissa, 17 tahun, Seri Ayreen Merlynda, 15 tahun, dan Seri Adryana Mercella, 11 tahun.

Sumber: Gempak.Com