Wednesday, March 29, 2017

Akhirnya Rita Rudaini Beri Komen Isu Ganggu Perkahwinan Aqasha Yang Buat Ramai Tak Puas Hati

Akhirnya Rita Rudaini Beri Komen Isu Perkahwinan Aqasha Yang Buat Ramai Tak Puas Hati


Setelah sekian lama berlalu, isu masalah rumah tangga Aqasha masih tidak dapat dipastikan apa yang berlaku sebenarnya.

Hanya komen-komen dari pihak isterinya sahaja yang para peminat industri seni ketahui.

Isteri Aqasha ada mendedahkan suaminya itu 'bermesej mesra' dengan seorang pelakon popular.

Manakala abang kepada Baizura ada mengaitkan perkara berkenaan dengan nama Rita Rudaini.

Sehingga kini, Aqasha dan Rita Rudaini mengambil sikap berdiam diri.

Akhirnya apabila wartawan BHarian bertanya kepada Rita tentang hal ini, ini jawapan dari Rita:

Jom baca:

"Saya tak mahu komen apa-apa. Tak perlu saya panjangkan isu ini. 

"Saya tak kisah apa yang berlaku dan apa yang diperkatakan orang. Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap. Biarlah apa saja tanggapan orang terhadap saya. 

"Apa yang penting saya fokus dengan apa yang dilakukan. Saya lebih fokus terhadap perkara yang dincintai. 

"Kerjaya saya harus diteruskan dan apa yang saya mulakan tidak boleh terhenti begitu saja. 

"Saya ada anak untuk dibesarkan.

Itulah komen Rita Rudaini yang tidak menjawab persoalan yang bermain di minda para peminat.

Jawapan itu ternyata tidak memuaskan hati para peminat yang mahu tahu perkara sebenar.

Apapu pun mungkin itu jawapan yang terbaik agar kontroversi ini terus reda.

0 comments:

Post a Comment