Ini Respon Balas Dari Nedim Kepada Ucapan Jejai Yang Buat Ramai Tersenyum

Ini Respon Balas Dari Nedim Kepada Jejai Yang Buat Ramai Tersenyum



Pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri masih lagi hangat diperkatakan.

Antara yang menjadi bahan bualan ialah kehadiran bekas suami Nora Danish iaitu Jejai (Rizal Ashram) di majlis pernikahan tersebut.

Turut hadir ialah bekas ibu dan bapa mertua Nora Danish iaitu ibu bapa Jejai.

Walaupun telah bercerai, hubungan mereka masih lagi amat baik.

Ketika majlis itu berlangsung, Jejai juga telah membuat insta live dan mendapat pujian ramai.

Beberapa keping fotonya bersama pengantin turut menjadi viral.

Jejai juga ada memuatnaik gambarnya bersama pengantin dengan ucapan selamat pengantin baru kepada Nedim dan Nora.

Baca ucapan penuh Jejai DI SINI.

Nedim juga telah memberi respon balas kepada ucapan Jejai itu.

Bagi Nedim, gambar bersama Jejai merupakan antara yang paling 'cool' di majlis tersebut.

Ini respon balas Nedim:

"Who agrees with me ? this is probably the coolest picture of the night Thanks for coming Yop Rizal Ashram, we are officially stuck to each other

"Thanks you so much for the kind words bro! Much love for you, uncle aunty for being there on our special ocassion.



0 comments:

Post a Comment