Inilah Respon Balas Aliff Syukri Setelah Buat Kenyataan "Riak" Yang Dikecam Teruk
Hari ini Aliff Syukri dikecam orang ramai kerana satu kenyataannya yang dikatakan riak.
Aliff Syukri kini telahpun menjual rumah banglonya kepada rakan yang juga hali perniagaan, Nur Sajat.
Kemudian Aliff Syukri kini sedang tinggal di rumah sementara, sebelum mereka sekeluarga berpindah ke rumah mewah yang sedang dalam pembinaan.
Namun komennya dikatakan amat riak dengan mengatakan rumah itu kecil walaupun mempunyai 8 buah bilik.
Ini komen Aliff Syukri yang membuat ramai panas punggung.
Kemudian kenyataan di laman IG itu membuat ramai memberi komen negatif dengan melabelnya sebagai sebagai seorang yang riak.
Ramai yang melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Aliff Syukri kerana bagi mereka 8 bilik adalah amat besar bukannya kecil sampai perlu mengeluh.
Akhirnya Aliff Syukri tampil memberi respon balas.
Ini komennya:
Saya mohon maaf...ini jawapan saya kepada wartawan dan netizen..Viral issue rumah kecil..
Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk semntara waktu sementara menunggu rumah baru saya siap.. dan issue viral rumah yg sy katakan kecil 8 bilik ini sebab sblum ini rumah ini kelihatan cantik sebab bilik yg ada kelihatan cantik tanpa ada baju yg banyak dan serabut
Saya tak sengaja dan niat saya hanya nak share apa yang saya rasa ketika ini kepada rakan media sosial saya dan saya tak sangka ia menjadi issue ..
Saya mohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan statement saya seblum ini
Akhirnya Aliff Syukri membuat permohonan maaf. Semoga menjadi teladan.
0 comments:
Post a Comment