Walaupun Tiada Lesen, Aiman Tino Akan Miliki Kereta Audi R8 Berharga Hampir Sejuta Ringgit
Penyanyi yang semakin mendapat tempat di hati pendengar, Aiman Tino mendapat berita gembira.
Penyanyi berusia 19 tahun ini bakal menerima kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta dari syarikat Wonder Glow.
Ini adalah sebagai pembakar semangat di atas kerjasama strategik mereka menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.
Katanya, pemberian kenderaan mewah terbabit dianggap sebagai jentera pemangkin untuk bergerak ke seluruh negara bagi mempromosi dan memperkasakan jenama barangannya sendiri.
Ini komennya:
"Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini,"
Oleh kerana tiada lesen, pihak pengurusan syarikat menyediakan khidmat pemandu buat sementara waktu sehingga dia berjaya mendapatkan lesen penuh dalam masa terdekat.
Datuk Ryzal Jamaludin yang merupakan CEO Wonder Glow juag memberi sedikit kenyataan tentang hadiah ini.
Ini komennya:
"Ketika memeterai perjanjian awal, memang tiada disebut pun soal kenderaan mewah. Sebagai mentornya, saya nampak kesungguhan Aiman dan beliau juga dilihat sebagai ikon remaja.
"Penggunaan kenderaan ini secara tidak langsung menyuntik semangat anak muda lain untuk bergiat cergas dalam perniagaan.
"Sebenarnya, sejak syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kesihatan ini beroperasi, kira-kira enam tahun lalu, kami pernah menyerahkan beberapa kenderaan mewah lain kepada jutawan kami, termasuk Lamborghini,"
Tahniah kepada Aiman Tino. Memang murah rezeki.
Ini gambar kereta Audi R8 yang bakal dimilikinya:
0 comments:
Post a Comment