Setelah Bertunang Semakin Kerap Bergaduh, Dedah Ummi Nazeera

Setelah Bertunang Semakin Kerap Bergaduh, Dedah Ummi Nazeera



Pelakon Ummi Nazeera telahun bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang doktor tidak lama lagi.

Lihat wajah kacak tunangnya itu (DI SINI)

Ummi akui sejak bertunang dengan jejaka tersebut, dia memang kerap bergaduh tetapi tidaklah serius.

Selalunya pergaduhan akan berakhir dengan gelak tawa.

Ini pendedahannya: (Sumber: Rotikaya)

“Dulu jarang gaduh, sekarang kerap gaduh tapi kita orang gaduh-gaduh mesti ketawa,”

Ummi akui dia amat berdebar kerana majlis perkahwinan ini merupakan yang pertama buat keluarganya. Kali pertama mereka uruskan majlis perkahwinan dan semua dilakukan dengan teliti.

Ini komennya:

“Rasa gementar jugalah apabila sudah nak dekat ni. Setakat ini persiapan masih banyak lagi. Tempat sudah ada tarikh nikah akan diumumkan selepas raya. 


Ini adalah perkahwinan pertama bagi pihak sebelah saya dan dia juga. Mama sangat teruja. Ummi sediakan pelamin, mama pilih makanan,”

Ummi juga berharap setelah berkahwin, suaminya yang merupakan seorang doktor dapat dipindahkan berdekatan dengannya.

“Saya harap-harap dia akan dipindahkan di sini. Insha Allah harap-harap juga berdekatan dengan Putrajaya. Dia dah ada rumah di Putrajaya harap-harap berdekatan di situ,”

Ummi berharap dapat berbulan madu di Switzerland setelah berkahwin nanti.

Semoga urusan berjalan dengan lancar.

0 comments:

Post a Comment