"Saya Bukan Bawa Sampah Atas Pentas..."- Komen Pistol Selepas Tersingkir MLM2017

"Saya Bukan Bawa Sampah Atas Pentas..."- Komen Pistol Selepas Tersingkir MLM2017


Semalam kumpulan Pistol telah tersingkir dari pentas MLM2017.

Tema pada minggu ini ialah "Zaman Sekolah" dan Pistol membawa kisah ayah yang mahukan anaknya sertai pertandingan puisi.

Lawak Pistol dilihat kurang menjadi dan hanya pada saat akhir barulah orang ramai tergelak dengan telatah AG Hafiz dan Raja Azri di atas pentas.

Kemudian, juri yang memberi komen ialah Rosyam Nor yang memberi hanya 2 bintang.

Ini komennya:

"3 minit amat berharga, setiap detik harus ada punch line, kenapa dah hujung baru keluar. Bukan tak boleh sebenarnya."

"Walaumacam mana pun keserasian anda ada, tapi ada sesuatu yang hilang. Anda mesti ada idea untuk mencuit hati penonton pada awal persembahan"

Kemudian Pistol diumumkan tersingkir selepas mendapat undian dan markah dari juri yang terendah pada minggu ini.

Ini komen Raja Azri selepas diumumkan tersingkir.

"Terima kasih kepada kedua dua keluarga kami. Terima kasih kepada tenaga produksi Astro.

"Terima kasih kepada rakan rakan Pistol, anda sahabat kami.."

"Apa yang kami nak beritahu kat sini, Pistol setiap minggu tak pernah membawa 'sampah' di atas pentas ini, malah kami cuba hiburkan anda."

"Tapi di sini sahaja rezeki kami.."

Ini pula komen AG Coco

" Apa yang terjadi, everything gonna be okey"

Kini ada 11 lagi kumpualn yang akan bertanding di pentas MLM2017




0 comments:

Post a Comment