"Jangan Solat Macam Anjing" - Fynn Jamal Dihentam Teruk Acah-Acah Bijak Agama

"Jangan Solat Macam Anjing" - Fynn Jamal Dihentam Teruk Acah-Acah Bijak Agama


Penyanyi yang telah berhijrah dan memakai purdah Fynn Jamal telah membuat kenyataan yang dihentam teruk.

Ini gara gara kenyataannya mengatakan sembahyang antara lelaki dan wanita adalah sama sahaja.

Fynn Jamal juga menyamakan sembahyang 'cara perempuan' adalah seperti sembahyang seperti anjing.

Ini videonya:



Ini terus membuatkan ramai yang mahu penjelasan lanjut. Betulkah kata Fynn Jamal itu?

Akhirnya ramai ustaz dan alim ulamak memberi kenyataan balas menafikan kenyataan Fynn Jamal itu.

Ini komen dari seorang ustaz:

SOLAT ORANG PEREMPUAN.

Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH.

Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini:

M A Z H A B H A N A F I :

Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
"Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara".

M A Z H A B M A L I K I :

1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
"Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA".

2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
"Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya"
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
"Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya".

M A Z H A B S Y A F I E :

1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja' je lah:
"Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain".

2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
"Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain"

M A Z H A B H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni':
"Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud".

K E S I M P U L A N :

Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.

Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara:

1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.

2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.

3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?

Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.

Nampaknya Fynn Jamal telah salah dalam ajarannya. Mungkin terlalu excited kerana baru dalami agama menyebabkan perkara ini berlaku.

Bak kata Altimet "Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa Amboi amboi amboi amboi.

0 comments:

Post a Comment