Ini Respon Ayda Jebat Tentang Hubungan Cinta Dengan Redza Rosli, Bagaimana Dengan Radin?

Ini Respon Ayda Jebat Tentang Hubungan Cinta Dengan Redza Rosli




Ayda Jebat kini dikaitkan menjalin hubungan dengan rakan artsi pelakon Redza Rosli.

Pelakon ini telah mengambil sikap terbuka jika ditakdirkan menjalin hubungan cinta dengan Redza pada masa akan datang.

Ketika ini mereka sekadar teman rapat kerana sedang menjalani penggambaran bersama dalam drama bersiri.

Ayda akui selesa berkawan dengan Redza Rosli.

Malah Ayda juga mengakui beliau kini masih solo sekaligus menepis dakwaan mempunyai hubungan dengan penyampai radio Era FM, Radin.

Ini komennya:

"Rasanya tak salah jika kami berkawan rapat sebab saya solo dan dia pun solo. Redza lelaki yang baik keperibadiannya dan kebetulan ‘sekepala’  dengan saya.

"Saya tak berani nak cakap yang kami takkan bercinta langsung. Pada masa akan datang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cuma ketika ini tiada apa yang serius antara kami,"

"Saya menyenangi dan selesa berkawan dengan Redza. Kebetulan, tarikh lahir saya pada 17 Mac dan dia pula 18 Mac. Tarikh lahir kami dekat sangat dan umur pun sama, patutlah perangai sama.

"Mungkin sebab itu juga ketika di set kami suka buli dan bergurau antara satu sama lain. Keserasian kami itu agaknya menimbulkan salah faham,"

"Mungkin sebab industri lihat kami berdua masih solo dan serasi, selepas tamat penggambaran siri ini, kami akan bergandingan lagi untuk beberapa projek.

"Jika peminat menyenangi kami berkawan, ia adalah perkara yang baik untuk kerjaya saya dan Redza juga,"


Keintiman Ayda dan Redza mencuri tumpuan kebelakangan ini apabila kedua-duanya saling berkongsi gambar kemesraan di lokasi penggambaran.

Redza juga dilihat menemani Ayda ketika mengadakan persembahan KL Xtravaganza di perkarangan pusat beli-belah Wangsa Walk.

0 comments:

Post a Comment