Nabila Huda Tak Setuju, Balas Kenyataan Syamsul Yusof

Nabila Huda Tak Setuju, Balas Kenyataan Syamsul Yusof



Nabila Huda telah tampil menjawab kenyataan dari pengarah popular Syamsul Yusof yang mengatakan pelakon tak penting utnuk kejayaan sesebuah filem tetapi yang paling penting ialah skripnya.

Filem Munafik arahan Syamsul berjaya memperoleh kutipan RM19 juta dan merangkul anugerah utama di Festival Filem Malaysia.

Syamsul kemudian memberitahu Nabila Huda dikekalkan dalam sekuel filem seram itu kerana wataknya telah mati. Pelakon utama ialah Maya Karin.

Ini komen Syamsul sebelum ini:

“Skrip dan pengarahan adalah penanda aras filem ini. Kekuatan sesebuah filem bukan terletak kepada seorang pelakon saja.."

Bagi Nabila, kejayaan sesebuah filem tidak bergantung sepenuhnya pada skrip tetapi pembawaan watak berkesan seorang pelakon.

Ini komen Nabila Huda:


PELAKON PENTING

“Skrip dan pengarahan itu penting tetapi pembawaan watak pelakon lagi penting. Kalau pembawaan salah, salahlah jadinya.

“Kalau pelakon tidak dapat menjiwai, penonton tidak boleh rasa,”

WATAKNYA DAH MATI

“Watak Maria sudah mati. Jadi saya terima sahaja. Saya tiada masalah dengan Syamsul.

“Saya dapat watak imbas semula. Berlakon pun dalam sehari sahaja. Saya sudah boleh bayangkan imbasan hanya untuk promo.

“Jadi Syamsul hendak seimbangkan cerita,”

YAKIN MUNAFIK 2 AKAN BERJAYA

“Saya rasa Syamsul sangat genius dan bagus. Dia adalah pengarah yang sangat bagus dan dia lebih tahu.

“Semua filem dia, saya bangga dan tidak mungkin kutipan filem akan merundum.

“Jadi, semoga berjayalah. Saya tidak sabar hendak tengok Munafik 2,”


Sumber: malaymailonline

0 comments:

Post a Comment