Elly Mazlein Tampil Beri Respon Balas Apabila Digelar "Janda Gila Glamor, Drama Queen"
Setelah bercerai dan mempunyai seorang anak, Elly Mazlein sering menjadi tumpuan pihak media dan juga orang ramai.
Pelbagai kisah dan cerita yang menjadi tajuk utama tentang Elly Mazlein.
Dari kisah bekas suaminya iaitu Azmi Hatta sehinggalah kisahnya di pentas Gegar Vaganza, nama Elly Mazlein selalu menajdi topik bualan hangat.
Elly Mazlein juga sering meluahkan perasaannya di laman sosial sehingga ada yang menggelarnya dengan pelbagai nama.
Antaranya ialah "Janda Gila Glamor" dan juga "Drama Queen"
Ini komen Elly Mazlein tentang hal ini:
"Janda gila glamor? Eh, saya sukalah gila glamor! Adakah salah untuk saya rasa macam tu? Bagi saya seseorang artis, bila dah duduk dalam industri ni memang kena ada perasaan mahu gila glamor.
"Eh, tak kisah lah orang nak kata saya ni apa pun, gila glamor ke, drama queen ke, saya okay saja dan saya suka dengan gelaran seperti itu”
"Kalau difikirkan dari satu sudut, bukan senang juga nak dapat gelaran macam tu bukan, jadi saya harus rasa gembira.
"Sekarang, saya cakap saja apa yang saya nak cakap. Bukan apa, dulu, saya selalu kena. Sekarang saya rasa diri saya makin kuat disebabkan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya dah harungi selama ini"
Penyanyi dan pelakon ini mengaku sudah tidak larat untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.
Semoga Elly Mazlein sentiasa sukses selalu dan tabah hadapi dugaan hidup.
0 comments:
Post a Comment