"Saya Pernah Tertekan, Tapi Seperti Persoalkan Kerja Tuhan" - Alyah Terima Takdir
Penyanyi Alyah dan suaminya, Datuk Ramli MS kini sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.
Sehingga kini, pasangan ini masih lagi belum dikurniakan zuriat.
Setelah berkahwin, pasangan mana yang tidak mahu anak, begitu juga dengan Alyah.
Alyah pernah akui dia amat tertekan pada satu ketika dahulu apabila memikirkan tentang anak.
Kini setelah empat tahun, Alyah lebih matang dan sudah menerima takdir tuhan tentang perkara ini.
Ini komennya tentang anak:
“Pada peringkat awal dulu saya pernah tertekan sebab selalu tanya pada diri sendiri, tetapi menyedari hal itu seperti mempersoalkan kerja Tuhan, jadi saya tidak lagi memikirkannya.
“Kami berdua juga sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan alhamdulillah kami berdua sihat,”
Itu semua dugaan buat Alyah dan suami. Mungkin lambat sedikit rezeki dikurniakan anak kepada pasangan ini.
Apapun semoga Alyah dan suami sentiasa berjaya dan dapat apa yang dihajati.
Sumber: KOSMO
0 comments:
Post a Comment