"Saya Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Aida & Shahida.." - Adi Putra Sahkan Cerai Kedua-Dua Isteri
Banyak perkara yang timbul tentang perkahwinan Adi Putra dan juga kedua isterinya.
Ada mengatakan Adi Putra telah failkan penceraian dengan isteri pertama, Aida dan ada juga laporan sebelum ini mengatakan Adi mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri kedua, Shahida.
Adi Putra sejak kebelakangan ini lebih banyak memuatnaik gambar bersama ibunya di laman sosial dan banyak memuatnaik kata-kata semangat dan luahan hati di laman IG.
Malah pelakon ini pernah mengamuk kerana ada yang membuat tuduhan mengatakan dia serta keluarga mata duitan (BACA SINI)
Hari ini, Adi Putra membuat satu kenyatan mengejutkan tentang status perkahwinan dengan kedua dua isteri nya itu.
Adi mengatakan dia sudah tiada kaitan lagi dengan Aida dan juga Shahida. Ini seperti mengesahkan Adi Putra telah mencerai kan kedua dua isterinya.
Ini kenyataan rasmi Adi Putra:
"Ramai yg bertanyakan tentang status rumahtangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida (isteri pertama) dan Shahida (isteri kedua).
"Pada rakan media yg saya hormati saya tidak ada apa-apa statement untuk diberi. Dan beri penghormatan pada aida dan shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih.
Takziah kepada Adi Putra dan bekas isterinya. Mungkin inilah jalan terbaik buat mereka.
Semoga tabah hadapi dugaan hidup ini.
0 comments:
Post a Comment