"Insaf! Mereka tak pedulikan saya.." - Nabil Ahmad Dedah Pengalaman Ngeri

"Insaf! Mereka tak pedulikan saya.." - Nabil Ahmad Dedah Pengalaman Tidak Dipedulikan



Umum mengetahui, nabil Ahmad telah menjadi hos acara karpet merah pada Anugerah Akademi ke-89 di Hollywood.

Namun sebenarnya, Nabil Ahmad langsung tidak dipedulikan ketika berada di sana.

Pelawak ini melalui pengalaman yang cukup bermakna khususnya dalam menilai kredibiliti dan kemampuannya sebagai selebriti di negara sendiri.


Ini pendedahannya:

TAK DIPEDULIKAN

"Ia pengalaman yang sangat menginsafkan bagi saya. Kalau di sini peminat puji, sokong dan hargai saya sebagai artis namun ketika berada di sana saya bukanlah sesiapa. Mereka tak pedulikan saya pun.

"Siapa pun tak kenal saya. Saya terkejar-kejar mencari selebriti Hollywood, perlu lambai tangan untuk tarik perhatian mereka.

"Jadi saya terasa sangat kerdil dan sedar bahawa diri saya ini tak bagus mana pun,"

BUKAN BERSERONOK

"Memang orang nampak macam seronok, tapi percayalah saya bukan pergi untuk berseronok.

"Tugas yang dipikul adalah sangat besar tambahan pula apabila turut dikelilingi ratusan wartawan antarabangsa.

"Tapi pengalaman itu sangat bermanfaat, kini saya lebih terbuka dari segi pemikiran untuk mencontohi artis Hollywood berkarya dan memajukan industri seni mereka," k

HANYA SEMPAT INTERVIEW JACKIE CHAN

"Selain Jackie yang sangat peramah, saya juga sempat melambai tangan dan menjerit kepada Nicole Kidman serta Salma Hayek.

"Ketika menemubual Jackie, dia mengatakan bahawa kita perlu berjaya di negara sendiri dahulu sebelum memasang impian untuk ke Hollywwod.

"Pesannya lagi jika kita berjaya di negara sendiri, Hollywood akan datang kepada kita dengan sendiri,"

Nabil Ahmad bersama isterinya, Nazirah Ayub berada di Ameri Syarikat itu selama dua minggu.

0 comments:

Post a Comment