Komen Balas Lana Nordin Tentang Isu Suaminya Kurang Ajar Mengamuk Tunjuk Jari Tengah

Komen Balas Lana Nordin Tentang Isu Suaminya Kurang Ajar Mengamuk Tunjuk Jari Tengah


Hari ini telah viral satu video kes kemalangan antara seorang pemandu dengan suami Lana Nordin, Mohd Daud McKienzi.

Lana Nodin menafikan suaminya menjadi pembuli jalan raya dan bersikap kurang ajar seperti yang didakwa.

Lihat video viral itu DISINI.

Ini kenyataan balas Lana Nordin tentang hal ini:

SUAMI DAH BERSABAR

"Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun.

TAKNAK BUAT REPORT POLICE

"Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berdekatan tempat kejadian, namun dia menolak.

"Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak memuat naik video,"

PEMANDU ITU TAKNAK BEKERJASAMA

"Suami saya bukan jenis baran tetapi kejadian itu betul-betul membuatkannya marah. Selepas kejadian itu saya menasihati suami agar membuat laporan polis tetapi dia menolak,"

Berdasarkan video yang tersebar, Daud McKenczie dilihat marah selepas keretanya dilanggar kenderaan lain di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Ekoran itu, Daud telah menunjukkan jari tengah kepada pemandu terbabit.

0 comments:

Post a Comment