Berpelukan Dengan Aiman Hakim Ridza, Akhirnya Emma Maembong Tampil Beri Kenyataan

Berpelukan Dengan Aiman Hakim Ridza, Ini Komen Balas Emma Maembong 



Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza sememang pasangan yang amat sesuai di dalam drama dan mereka memang agndingan yang mantap.

Yang terbaru Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza selagi lagi disatukan dan kali ini mereka menjadi teraju utama untuk sebuah filem berjudul Kimchi Untuk Awak.

Dalam filem ini, Emma dan Aiman dilihat akan melakonkan watak romantik termasuk berpelukan.

Lihat 6 Foto Emma & Aiman Berpegang, Peluk (DISINI)

Emma berkata dia telah bersedia andai lakonan babak romantik bersama Aiman Hakim Ridza dikritik para penonton.

Emma akui perkara berkenaan adalah salah di sisi agama dan mengatakan dia dalam proses untuk belajar memperbaiki diri.

Ini komennya:

"Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab.

"Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja,"


"Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian.

"Saya tidak salahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana pilihan memang ditangan saya sama ada saya mahu buat atau tidak. Cukuplah saya katakan sebagai manusia biasa saya akan cuba belajar menjadi lebih baik,"


Filem Kimchi Untuk Awak yang merupakan filem pertama arahan Micheal Ang yang bakal muncul di pawagam hujung bulan Mac.

0 comments:

Post a Comment