Fasha Sandha Sekali Lagi Buat Pendedahan Diekori, Diganggu Seseorang Sampai Ke Kereta
Pelakon Fasha Sandha sememangnya seorang yang popular dan amat rapat dengan peminatnya.
Pelakon ini juga mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri yang diberi nama 'We Love Fasha Sandha'.
Walaupun begitu, Fasha akui ada pengalaman yang agak menakutkan iaitu dia pernah diekori dan diganggu peminat fanatik.
Pengalaman itu menjadikannya lebih berhati-hati dan sentiasa ditemani pengurus setiap kali berada di tempat awam.
Ini komennya:
DIEKORI SAMPAI KERETA
"Saya ada pengalaman diekori peminat fanatik sehingga ke kereta dan ada juga cuba menganggu tapi mereka bukan ahli kelab peminat saya.
"Sebab itu saya akan sentiasa pastikan dikelilingi orang yang menjaga saya sebagai langkah keselamatan,"
TERHARU DENGAN "WE LOVE FASHA SANDHA"
"Saya terharu kerana mereka menyokong kerjaya seni saya sejak awal pembabitan saya dalam industri. Mereka juga berada di belakang jika saya diserang 'keyboard warrior' tentang sesuatu isu,"
TOLAK PEMINAT JIKA TAK SESUAI
"Saya akui ada masa yang tidak sesuai untuk memenuhi permintaan mereka untuk bergambar seperti ketika saya sedang sibuk bersama anak-anak.
"Tapi saya akan menolak cara baik dan beritahu mereka alasan tidak dapat berbuat demikian,"
TAHUN KEBANGKITAN
"Ini usia kematangan saya dan sudah tentu saya harapkan yang baik-baik sahaja selain memperbaiki diri.
"Tahun ini merupakan tahun kebangkitan saya dan saya bersyukur walaupun sudah perlbagai dugaan saya lalui, saya masih diberi peluang untuk berada dalam industri ini,"
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment