Gelar Rita Rudaini Betina, Ini Penjelasan Che Ta Tentang Kisah Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Gelar Rita Rudaini "Betina", Ini Penjelasan Rozita Che Wan


Sejak beberapa minggu ini, kisah hubungan Rita Rudaini dan Aqasha menjadi topik hangat buat peminat industri hiburan tanah air.

Apabila Rita Rudaini dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aqasha, ramai yang mengkritik pelakon tersebut.

Malah ada beberapa rakan artis yang turut meluahkan rasa ketidakpuashatiannya.

Antaranya ialah Rozita Che Wan yang ada memberi komen "betina" kepada orang ketiga yang mengganggu rumah tangga Aqasha dan isteri.

Komen itu dibuat oleh Che Ta di laman IG milik isteri Aqasha iaitu Baizura.

Lihat komen Che Ta di lama IG Baizura  (DI SINI)

Ini penjelasan Che Ta kenapa dia membuat komen tersebut.

Jom baca:

"Sejujurnya, saya tidak tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan. Saya tak tahu langsung hujung pangkal cerita. Saya juga tidak mengenali siapa Baizura.

"Namun begitu, apabila ada orang tag saya di laman Instagram Baizura, saya hanya membaca apa yang berlaku dan meninggalkan komen secara umum.

"Sebagai wanita, saya rasa tersentuh membaca luahan hati Baizura serta memahami perasaannya sebagai isteri dan ibu. Saya memahami perasaan wanita lain yang suaminya digoda.

"Ingin saya jelaskan yang saya tak tahu secara terperinci apa yang sedang berlaku. Siapa yang terlibat dalam hal ini pun saya tak tahu pada mulanya kerana saya memberikan komen secara general menerusi sudut pandang seorang wanita. Saya sendiri tiada isu dengan Rita.

"Saya tak pernah jumpa dengan Rita dan tak pernah berlakon dengan Rita. Saya tiada sebab mahu mengata atau mahu menujukan komen itu kepada Rita kerana saya sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan,"

"Walaupun posting itu sudah dipadamkan oleh Baizura, sejujurnya saya rasa serik dengan kejadian itu. Selepas ini, saya akan membaca dan meneliti dahulu apa cerita sebenarnya, barulah saya meninggalkan sebarang komen. Saya tak mahu perkara seperti ini berulang kembali,"


Rupa-rupanya Che Ta tak tahu cerita yang berlaku dan tidak langsung menujukan gelaran itu kepada Rita Rudaini.

Ianya dibuat secara umum sahaja. Itulah penjelasan dari pelakon ini.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment