Tuesday, March 14, 2017

Isteri Tanya Benarkah Shah Iskandar Pimpin Tangan Uqasha Senrose, Ini Respon Shah Iskandar

Isteri Tanya Benarkah Shah Iskandar Pegang Tangan Uqasha Senrose, Ini Respon Shah Iskandar



Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz tampil memberi kenyataan tentang isu gosipnya dengan Uqasha Senrose.

Lihat gambar punca gosip Uqasha dan Shah DI SINI.

Pelakon ini menjelaskan sebenarnya tiada hubungan istimewa antara beliau dengan Uqasha Senrose.

Shah Iskandar hanya menganggap pelakon wanita jelita itu seperti adiknya sendiri.

Apatah lagi jarak umur mereka baginya agak jauh iaitu 10 tahun berbeza.

Shah Iskandar akui isterinya ada bertanya tentang gosip itu dan juga tenya adakah dia meminpin tangan Uqasha Senrose.

Walaubagaimanapun isteri Shah Iskandar, Siti Sarah tidak mudah melatah atau berfikiran negatif tentang gosip panas itu.

Ini komen Shah Iskandar:

"Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.

"Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran?

"Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya,"

Pada minggu lalu, gosip antara Uqasha Senrose dan Shah Iskandar menjadi bualan ramai.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment