Erra Fazira Akui Masih Keluar Dengan Shahir, Yakin Dia Akan Berubah


Tahun lepas merupakan tahun yang cukup kontroversi buat penyanyi dari Akademi Fantasia iaitu Shahir Zawawi.

Antara isu yang menjadi tumpuan ialah hubungannya dengan penyanyi dan pelakon popular tanah air iaitu Erra Fazira.

Kemudian, nama Shahir kembali menyinari industri hiburan apabila menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia Megastar.

Shahir membuktikan bahawa dia masih berbisa sebagai penyanyi apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Namun tatkala namanya mula besinar, ada dua isu yang menajdi kontroversi iaitu hubungan dengan seorang wanita bernama Mona Syamimi dan juga isu Shahir berhutang.

Kedua-dua kontroversi ini membuatkan Shahir kembali 'menghilangkan diri' dan dia tidak lagi update di laman media Instagram miliknya.

Wanita yang sering dikaitkan dengan Shahir iaitu Erra Fazira juga menjadi buruan pihak media untuk bertanya tentang Shahir.

Dalam satu temubual terbaru dengan Rojak Daily Kaw!, Erra Fazira ada bercerita tentang Shahir.

Jauh di sudut hati, Erra Fazira percaya  Shahir Zawawi punya ruang untuk berubah dan bangkit dari segala kemelut yang berlaku.

Erra Fazura percaya setiap manusia boleh berubah untuk menjadi baik dan hanya Allah yang tahu segalanya.

Ini komen Erra Fazira:

"Bagi saya setiap manusia ada peluang untuk berubah dan saya percaya Shahir juga boleh.

"Saya harap semua pihak termasuk kita semua memberikan sokongan kepada Shahir untuk menjadi lebih baik,"

Dalam pada itu, Erra Fazira akhirnya mengakui masih berhubung dengan Shahir dan ada keluar bersama untuk kopi-kopi.

Ini pengakuan Erra:

"Saya tidak mahu hipokrit. Saya mengaku memang ada keluar dengan Shahir. Kalau saya nafikan ada yang nampak dah jadi lain.

"Seperti yang katakan sebelum ini kami masih berkawan. Soal jodoh bukan di tangan saya,"

Selain itu, bercerita tentang tahun 2018,  Erra Fazira berkata dia mahu lebih fokus dalam bidang seni.

Ini komen Erra lagi:

"Saya mahu fokus kerja pada 2018, tapi seperti saya katakan kalau jodoh saya terima.

"Semua ini di luar kuasa kita dan hanya yang Maha Esa tahu semuanya,"

Dalam masa terdekat ini, Erra ada terlibat dalam filem dan projek khas dan Erra memberitahu dia juga bakal muncul dengan single terbaru tahun ini.

Semoga sukses selalu buat Erra Fazira. -BeritaMemey

Sumber: Rojak Daily Kaw!

0 comments:

Post a Comment